Saingan peringkat kumpulan Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) 2024 bagi Grand Prix (GP) Selangor sudah berakhir dengan lapan pasukan meneruskan kemaraan ke suku akhir.
Empat pasukan pilihan yang diketuai Kuala Lumpur Thunder bersama-sama Perak Bison, Negeri Sembilan Antlers dan Penang Black Panthers menepati ramalan muncul juara kumpulan masing-masing.
Baca Juga:
- STL 2024 GP Selangor: Hampakan ATM Guardians, Perak Bison Ke Suku Akhir
- Senarai Penuh Pemain Dalam Liga Premier STL 2024
- Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Format Baharu Liga Premier STL 2024
Manakala empat lagi slot ke suku akhir menjadi milik Kelantan Warriors, Selangor Pistons, PDRM Defenders dan Terengganu Turtles.
Lebih menarik, empat pasukan naib juara itu turun ke saingan STL dengan format baharu selaku juara serta naib juara Divisyen 1 2023 dan 2024.
Malang bagaimanapun menimpa pasukan-pasukan seperti ATM Guardians, Johor Tigris, Bomba Fighters dan KPT-MASUM Knights yang tewas kedua-dua perlawanan peringkat kumpulan.
Empat pasukan tersebut bukan sahaja gagal ke suku akhir, malah turut tidak berjaya mengutip sebarang mata untuk dibawa ke GP seterusnya di Terengganu nanti.
Berikut merupakan jadual penuh kesemua perlawanan suku akhir STL 2024 GP Selangor yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam:
Suku Akhir Pertama – 3.00 petang
Kuala Lumpur Thunder lawan Terengganu Turtles
Suku akhir kedua – 4.30 petang
Penang Black Panthers lawan PDRM Defenders
Suku akhir ketiga – 8.00 malam
Perak Bison lawan Kelantan Warriors
Suku akhir keempat -9.30 malam
Negeri Sembilan Antlers lawan Selangor Pistons
Sementara itu, aksi separuh akhir akan berlangsung pada petang Ahad manakala penentuan tempat ke-3/4 dan perlawanan akhir pula perlawanan di sebelah malam.