Perak Bison memulakan kempen Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) 2024 bagi Grand Prix (GP) Selangor dengan kemenangan selepas menundukkan ATM Guardians 2-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam sebentar tadi.

Kemenangan itu sudah cukup untuk membawa juara bertahan tersebut ke suku akhir walaupun masih mempunyai aksi menentang Selangor Pistons, malam esok.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Hal ini kerana ATM Guardians sudah mengalami dua kekalahan dalam saingan kumpulan B dimana semalam mereka tuduk kepada Selangor Pistons.

Meskipun dibarisi pemain dari Thailand iaitu Kritsada Sungvung (tekong), Madzrul Aziq (apit kanan) dan Aidil Aiman Azwawi,  Perak Bison dikejutkan dengan aksi kemas ditampilkan oleh ATM Guardians menerusi gandingan Muhammad Ikmal Hakimi Azli Sham (tekong), Muhammad Fetri Mohd Azwadi (apit kanan) serta apit kiri berpengalaman, Norfaizzul Abd Razak pada set pertama.

Ia jelas dapat disaksikan apabila Perak Bison ketinggalan 4-10 dan ketika lawan berada di mata akhir, Kritsada dan Madzrul digantikan dengan Meor Zulfikar Mat Amin dan Treepong Rawangpai.

Treepong Rawangpai

Rejaman mantap daripada Fetri membolehkan ATM Guardians memenangi set pertama dengan keputusan 15-10.

Tersentak dengan kekalahan tersebut, Perak Bison memperkemaskan aksi di set kedua dan berjaya mendahului lawan 5-1 pada peringkat awal.

Walaupun ATM Guardians cuba untuk bangkit melawan, Perak Bison tidak memberikan ruang kepada lawan mereka yang sekali gus menang 15-12 bagi mengheret aksi ke set penentuan.

Set ketiga menyaksikan Meor bertindak cemerlang dengan tiga servis ‘winner’ dan satu servis ‘ace’ manakala variasi rejaman Treepong serta ketenangan Aidil walaupun mengalami sedikit kecederaan menjadi senjata ampuh buat Perak Bison.

Keadaan itu dimudahkan lagi dengan beberapa kesilapan dilakukan Ikmal Hakimi untuk memastikan kemenangan 15-5 memihak Perak Bison.