Kejohanan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 hanya tinggal kira-kira dua minggu sahaja lagi untuk berlangsung yang menyaksikan format seperti edisi lalu dikekalkan.

Ini bermakna setiap pasukan akan beraksi dua perlawanan di gelanggang sendiri dan dua perlawanan lagi perlu diharungi di tempat lawan.

Baca Juga:

Seperti diumumkan pada 21 Mei lalu bahawa skuad negara yang dikendalikan oleh Pau Marti Vicente telah diundi bersama-sama juara terbanyak kejohanan iaitu Thailand serta Singapura, Kemboja dan Timor-Leste.

Oleh kerana kejohanan ini dilangsungkan di luar kalendar antarabangsa Persekutuan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), masih belum dapat dipastikan sama ada Pau Marti dapat membariskan skuad terbaiknya bagi mengharungi saingan kali ini.

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan melibatkan skuad Malaysia dalam Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024:

1) Malaysia lawan Kemboja

Stadium Olimpik, Phnom Penh

8 Disember 2024 – Ahad – 6.45 Petang

2) Malaysia lawan Timor-Leste 

Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur

11 Disember – Rabu – 9.00 Malam

3) Malaysia lawan Thailand 

Stadium Rajamangala, Bangkok

14 Disember 2024 – Sabtu – 9.00 Malam

4) Malaysia lawan Singapura

20 Disember 2024 – Jumaat – 9.00 Malam

Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Separuh akhir dan final 

Separuh akhir pertama akan berlangsung pada 26 atau 27 Disember manakala separuh akhir kedua bakal diadakan 29 atau 30 Disember.

Final pertama pula pada 2 Januari dan final kedua berselang tiga hari kemudian.

Pemenang terdahulu 

Thailand muncul pemenang terbanyak dalam sejarah pertandingan yang sebelum ini turut dikenali sebagai Piala AFF itu dengan tujuh kali kejuaraan iaitu pada 1996, 2000, 2002, 2014, 2016, 2020 dan 2022.

Edisi lalu menyaksikan Thailand yang ketika itu dikendalikan Mano Polking berjaya menundukkan Vietnam 3-2 secara agregat.

Sementara itu, Malaysia dan Indonesia menjadi dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir.

Singapura memenanginya sebanyak empat kali (1998, 2004, 2007 dan 2012) dan Vietnam mengekori dengan dua kejuaraan (2008 dan 2018). Manakala, Malaysia muncul juara edisi 2010 ketika skuad Harimau Malaya dibimbing Datuk K. Rajagopal.