Jamie Carragher percaya Liverpool kini berada dalam ‘krisis’ selepas tewas kali keempat berturut-turut dalam saingan English Premier League (EPL) 2025/26 berikutan kekalahan kepada Brentford.

Ia merupakan satu mimpi ngeri bagi juara bertahan itu yang tewas 2-3 kepada The Bees walaupun telah membelanjakan jumlah besar £450 juta (RM600 juta) dalam jendela perpindahan.

Baca Juga:

Liverpool bergelut di bahagian pertahanan apabila bolos sembilan gol dalam empat perlawanan liga menentang Crystal Palace, Chelsea, Manchester United dan Brentford.

Jaringan daripada Dango Ouattara, Kevin Schade dan Igor Thiago memastikan kemenangan bersejarah buat The Bees walaupun gol daripada Milos Kerkez dan Mohamed Salah hampir menghidupkan kebangkitan Liverpool.

Liverpool Dalam Krisis

“Saya rasa mereka tidak mempunyai cukup kekuatan fizikal,” ujar Carragher menurut sumber laporan Goal.

“Untuk pasukan seperti Brentford atau pasukan yang berjuang mengelak penyingkiran, tewas empat kali berturut-turut sudah dianggap bencana.”

“Tetapi untuk melihat juara bertahan tewas empat kali berturut-turut selepas berbelanja besar pada jendela perpindahanmusim panas lalu,  saya rasa ini adalah waktu krisis.”

“Akan ada banyak persoalan serius yang perlu dijawab oleh semua pihak, para pemain dan juga pengurus. Apabila melihat jumlah yang telah dibelanjakan, mereka pasti menjangkakan lebih daripada ini.”

“Liverpool perlu menilai semula aspek fizikal dan ketinggian dalam pasukan mereka kerana buat masa ini, saya rasa mereka masih kekurangan di situ,” tambah beliau lagi.

 

Sumber