Beberapa hari lalu tular satu rakaman video di mana Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor mengetuk kepala seorang gadis dengan kertas yang dipegangnya.
Ekoran tindakan spotannya itu, netizen mengkritik beliau dan meminta Menteri Besar Kedah membuat permohonan maaf susulan insiden tersebut.
Baca Juga:
- ‘Nak Bergurau, Jaga Adab’ – MB Kedah Dikritik Gurau Kasar Selepas Ketuk Kepala Wanita
- Sanusi Didakwa ‘Tayang’ Pilihan Pada Kertas Undi Secara Terbuka Sempena PRN23
- ‘Dia Selalu Bahan JDT Tuanku’ – Netizen Terhibur Lihat MB Kedah Kaku Direnung Tajam Sultan Johor
Terbaharu, Salwa Shafie, ibu kepada gadis tersebut tampil menyatakan keluarganya dan anak perempuannya tiada masalah dengan gurauan tersebut.
@majoritiofficial Kawan min call makcik ni tadi, makcik ni minta hentikan segala spekulasi tentang isu ni… Nak tahu lebih lanjut boleh baca artikel #majoriti #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #sanusi #katok #kedah
Salwa turut memuji Menteri Besar Kedah yang sudi melayan jemputan penduduk setempat walaupun beliau penat berbasikal sebelum itu.
“Sudah-sudahlah. Hidup dengan aman hampa ooi. Buat apa mensensasikan perkara yang tidak betul.
“Kami pihak ibu bapa dan anak tiada apa-apa isu pun. MB baik ja, melayan kami walaupun penat berbasikal,” katanya menerusi hantaran di TikTok pada Selasa.
Menerusi portal Majoriti, Salwa sekeluarga juga berterima kasih atas bantuan wang dihulurkan dan akan dibelanjakan untuk barangan kelengkapan belajar anaknya yang kini sedang menuntut di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah.
“Saya minta semua pihak berhenti kecam MB Sanusi, dia tak buat salah apa pun pada kami, kasihan kena kutuk dalam berita semua.
“Saya pun ada berhubung dengan beliau selepas kejadian itu dan memang tak ada apa isu berbangkit, malah MB Sanusi tenang menjawab itu adalah perkara biasa baginya,” ujarnya.
Sementara itu Sanusi yang bercakap kepada Malaysiakini, kejadian pada Sabtu itu hanyalah cara bergurau untuk menegur pelajar berkenaan kerana lambat memohon bantuan.
“Lepuk dengan sehelai kertas (surat) saja, bukan dengan kayu.
“Melawak dengan anak-anak, lagu tu lah cara kami kat kampung ni melawak.
“Anak tu nak masuk politeknik esok hari (kelmarin dulu). Pada hari tu baru bagi surat minta sumbangan. Kena lepuk lah tapi tetap bagi juga RM650 untuk beli barang dia masuk politeknik,” katanya kepada Malaysiakini.