Dua daripada tujuh wakil negara dalam kejohanan badminton Japan Masters 2023 sudah pun mengesahkan tempat mereka ke suku akhir.
Ia berikutan kejayaan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mengejutkan pasangan beregu campuran ranking ketujuh dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun menerusi kemenangan ‘straight set’.

Baca Juga:
- Japan Masters 2023: Tze Yong Ketuai Kemaraan Ke Pusingan Kedua, Zii Jia Tersingkir
- Japan Masters 2023: Kembali Beraksi Selepas Rehat Panjang, Pearly-Thinaah Ke Pusingan Kedua
- Hadir Ke Sukan Asia Di China, Penonton Badminton Bersorak Lihat Lee Chong Wei
Berjaya menyerap asakan dengan cukup baik pada perlawanan ini, Kian Meng dan Pei Jing memperagakan aksi terpuji mereka untuk menang 21-14, 21-17.
Ia merupakan kemenangan kedua dicatatkan Kian Meng-Pei Jing dalam tiga pertemuan terakhir pertemuan mereka dalam kalender Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Slot kedua buat kem wakil turut diwakili oleh acara beregu campuran selepas Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan rakan sepasukan, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie.
Tang Jie-Ee Wei bagaimanapun tewas set pertama 16-21 sebelum meraih kemenangan 21-13 untuk mengheret aksi ke set penentuan.
Berada di ranking lebih atas berbanding ‘senior’ mereka itu jelas meningkatkan keyakinan Tang Jie dan Ee Wei untuk mengesahkan kemenangan 21-13.
Tugas lebih mencabar bakal menanti kedua-dua pasangan negara itu apabila Kian Meng-Pei Jing akan bertemu gandingan ranking nombor dua dunia, Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun.
Manakala, Tang Jie-Ee Wei pula akan berhadapan pemenang antara pasangan nombor satu dunia dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dan Hiroki Midorikawa-Natsu Saito (Jepun).
Sementara itu, empat lagi wakil negara akan beraksi pada aksi pusingan kedua Japan Masters hari ini menyaksikan pertemuan Ng Tze Yong menentang Viktor Axelsen, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dengan Akira Koga-Taichi Saito dari Jepun.
Manakala, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi bertemu Pharanyu Kaosamaang-Woorapol Thongsa-nga serta Pearly Tan-M. Thinaah akan membuat perhitungan dengan Rui Hirokami-Yuna Kato.