Bintang Portugal, João Félix muncul sebagai pemain keempat termahal dunia selepas melengkapkan perpindahan ke kelab Arab Saudi iaitu Al-Nassr.

Pada usia 25 tahun, Felix mempunyai kombinasi yuran perpindahan keempat tertinggi di belakang Neymar, Romelu Lukaku dan Cristiano Ronaldo.

Baca Juga:

Al-Nassr membayar Chelsea sebanyak €50 juta (£44 juta/$58 juta) yang terdiri daripada yuran permulaan €30 juta ditambah €20 juta dalam perjanjian tambahan berkaitan prestasi.

João Félix Terima Gaji Tinggi

Felix menandatangani kontrak dua tahun yang akan menyaksikan gajinya melonjak dari €8 juta di Chelsea kepada €17.5 juta (£15 juta/$20 juta) setahun di Al-Nassr.

Hanya Cristiano Ronaldo, Riyad Mahrez, Karim Benzema dan Sadio Mane yang dibayar lebih tinggi berbanding Felix.

João Félix
Félix transfer fee

Bergelut untuk tampil konsisten, Felix gagal menyinar ketika beraksi di Atletico, Chelsea, Barcelona dan AC Milan, walaupun mempunyai bakat yang luar biasa.

Pada mulanya, Felix menyatakan beliau mahu kembali ke Benfica. Namun kelab itu enggan untuk membayar harga yang diminta oleh Chelsea.

Ronaldo kemudiannya memujuk pemain berusia 25 tahun itu untuk menyertainya di saingan liga Arab Saudi, dimana Ronaldo mahu memantapkan chemistry bersama Felix sebelum temasya Piala Dunia 2026 bermula.