Isu ‘buli’ kalangan pemain senior dan pemain muda terutamanya dalam bola sepak secara tiba-tiba menjadi perkara yang cukup mencuri tumpuan di Malaysia.

Ia berpunca daripada pendedahan bekas pemain bola sepak tanah air menceritakan pengalamannya menjadi ‘mangsa buli’ pemain senior seperti yang tular pada ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tanpa perlu bercerita panjang, pendedahan tersebut akhirnya menjadi sensasi sehingga menyebabkan pihak yang menyokong dan sebaliknya terhadap perkara tersebut berbalah tanpa mengira bekas pemain atau para peminat.

Melihatkan kepada senario tersebut, The Vocket berminat untuk berkongsikan kisah pengalaman legenda bola sepak dunia, John Terry yang turut pernah merasai pengalaman sedemikian ketika bersama Chelsea.

Menurut perkongsian Terry di laman Instagram peribadi miliknya pada 3 November 2016, beliau mendedahkan perkara disuruh untuk melakukan perkara-perkara yang boleh dianggap sebagai buli bagi sesetengah individu.

Kredit Foto: Instagram John Terry

“16 tahun lalu, mencuci jersi latihan, bilik mandi, tandas dan kasut bola merupakan pengalaman pembelajaran yang hebat pada permulaan karier.”

“Ia merupakan satu perkara yang pemain muda pada ketika ini tidak rasainya.”

Selain itu, Terry turut menjelaskan beliau mempunyai tugasan tetap dalam mencuci kasut pemain senior seperti Dennis Wise, Eddie Newton dan David Lee sewaktu bersama skuad Akademi Chelsea.

Lebih menarik, Wise yang merupakan ketua pasukan Chelsea akan memberikan Terry wang bernilai £25 sekiranya beliau berjaya menjaringkan gol.

Penceritaan kisah bekas pemain terkenal ini bukanlah untuk menormalisasikan isu buli yang kini hangat diperkatakan tetapi sedarlah bahawa ada dalam kalangan pemain yang mengambil positif perkara ini sehingga menjadikan mereka legenda dunia.

Malah, Terry sendirti tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menyokong atau menormalisasikan perkara tersebut dan hanyalah mengeluarkan pendapat berhubung apa telah dilaluinya ketika belasan tahun sehingga menjadikan beliau sebaris legenda dunia.

Namun, buat pemain senior pula sekiranya niat mahu ‘memberikan pengajaran’ kepada ‘junior’, biarlah berpada-pada!