Sesi TikTok Shop All Star LIVE yang menampilkan Khairul Aming di Rembayung mencatat jualan RM2.3 juta selepas berlangsung selama 12 jam tanpa henti.

Pencapaian ini memperlihatkan potensi model shoppertainment, iaitu gabungan hiburan dan e-dagang dalam satu pengalaman interaktif.

Konsep Bazar Ramadan Dalam Format Digital

bazar ramadan tt

LIVE ini direka berasaskan konsep bazar Ramadan dengan beberapa stesen produk yang menampilkan 14 jenama tempatan.

Objektif utama termasuk:

  1. Menghidupkan suasana Ramadan dalam format digital

  2. Menyokong jenama tempatan

  3. Meningkatkan jualan melalui kandungan interaktif

  4. Memberi pendedahan kepada pencipta kandungan baharu

  5. Mengukuhkan hubungan komuniti

Sepanjang LIVE, penonton seolah-olah “berjalan” dalam bazar apabila beberapa stesen khas diwujudkan untuk mempamerkan produk daripada 14 jenama tempatan.

all star

Bukan itu saja, Khairul Aming turut:

  1. Memberi 20 Golden Ticket makan percuma bernilai RM400 setiap satu
  2. Menampilkan jenama pakaian Adam dan Hawa bersama Zizan Razak
  3. Mengadakan aktiviti komuniti dengan pengagihan makanan kepada orang ramai di luar restorannya, Rembayung

Selain memacu jualan, sesi ini juga menjadi platform pembelajaran apabila Khairul Aming membawa masuk mentee di bawah program Creator Icon untuk merasai pengalaman LIVE sebenar.

Kempen Ramadan TikTok Shop: Tawaran & Game Menarik

Sepanjang kempen Ramadan ini, pengguna boleh menikmati pelbagai faedah seperti:

  1. TikTok Shop VIP jimat Sehingga RM1000
  2. Penghantaran Percuma tanpa had “Lebih Besar”
  3. Kumpul + Menang Emas bernilai sehingga RM40,000
  4. 5AM Sahur Special – Baucar khas sehingga 50% setiap hari pada jam 5 pagi sepanjang Ramadan
  5. 10PM Moreh Special – Baucar khas sehingga 50% setiap hari pada jam 10 pagi sepanjang Ramadan
  6. Penghantaran segera (instant delivery) – Beli dengan penjual Instant Delivery terpilih sebelum jam 2 petang untuk terima pesanan pada hari yang sama. Pilih Instant Delivery semasa checkout untuk dapatkan produk pada hari yang sama di kawasan terpilih seperti Lembah Klang, Pulau Pinang & Johor
  7. Diskaun sehingga 80% untuk barangan keperluan Ramadan dan Raya

Main “Crack Egg” & berpeluang menang emas!

Jualan RM2.3 Juta: Khairul Aming Bukti Kuasa Shoppertainment Melalui TikTok Shop All Star LIVE

Jualan RM2.3 Juta: Khairul Aming Bukti Kuasa Shoppertainment Melalui TikTok Shop All Star LIVE

Selain itu, ada juga mini game Crack Egg di Shop Tab.

Crack Egg memberi peluang kepada pengguna melengkapkan tugasan harian untuk mendapatkan ganjaran termasuk baucar dan peluang memenangi emas.

Bagi yang nak lihat sendiri bagaimana menariknya sesi LIVE ini sehingga berjaya mencatat jualan jutaan ringgit, siri All Star sepanjang Ramadan sememangnya tidak wajar dilepaskan.