Platform e-dagang, TikTok Shop, mengumumkan komitmen untuk memperkukuhkan sokongan kepada jenama tempatan dan antarabangsa yang menyertai program TikTok Shop Mall dengan jaminan authenticity-guaranteed Mall program, melalui pelaksanaan lebih 1,000 sesi All-Star LIVE di peringkat tempatan sepanjang tahun 2026.
Sesi All-Star LIVE merupakan siaran langsung beli-belah premium yang dihasilkan dan dipromosikan oleh TikTok Shop menerusi kerjasama dengan selebriti terkenal serta pencipta affiliate berprestasi tinggi.
Inisiatif ini bertujuan menyokong perniagaan daripada pelbagai skala, termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana tempatan, untuk membina kehadiran jenama dengan lebih kukuh sambil berhubung secara langsung dengan jutaan pengguna di seluruh negara.
Peningkatan jualan purata melebihi 160%
@tiktokshop_my Tap-tap-tap! Lagi banyak tap, lagi jimat kat December Super Mall Year End Sale! Jomlah kita self-reward sikit! 💅👑✨ #DecemberSuperMallYearEndSale 🛍️ 29-31 Dis 👑 Jimat sampai RM1000 dengan TikTok Shop VIP 🚚 Penghantaran Percuma Tanpa Had 📬 Pulangan Percuma 30 Hari ✨ 100% Authentic dari Mall #TikTokShopMY #TikTokShopMallMY #TikTokShopVIP #ShopMoreSaveMore
“Pada tahun 2025, kami telah menganjurkan lebih daripada 100 sesi All-Star LIVE di Malaysia, yang membantu jenama Mall terlibat mencatatkan peningkatan jualan purata melebihi 160% berbanding hari biasa,” kata Nur Azre Abdul Aziz, Pengarah Kanan Perkongsian Strategik, TikTok Shop Malaysia.
“Kami berbesar hati dengan pengesahan pasaran terhadap usaha kami dalam menyokong perniagaan membina jenama serta keyakinan pengguna menerusi TikTok Shop Mall.
Pencapaian ini membuktikan bahawa pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan—terutamanya Jaminan Ketulenan 100%, Pulangan Percuma 30 Hari, dan Super Brand Days—telah membantu jenama berkembang dengan lebih berkesan. Ditambah lagi dengan lebih 1,000 sesi All-Star LIVE yang dikhususkan untuk menyokong jenama Mall pada tahun hadapan,” tambah beliau.
Perkongsian ini disampaikan semasa acara TikTok Shop Mall Ascend, yang menghimpunkan ratusan usahawan tempatan serta pakar industri bagi meraikan pencapaian penting dan mengiktiraf jenama berprestasi tinggi seperti Senheng, PerySmith, Ceecile Women Sportswear, Panda Eyes, dan lain-lain.
Jenama yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TikTok Shop Mall boleh melayari TikTok Shop Academy untuk maklumat lanjut.