Portal pop culture bahasa Inggeris, JUICE, telah mengumumkan pelancaran JUICE Best Of 2025; sambutan tahunan yang mengetengahkan individu, artis, dan venue paling berpengaruh yang membentuk muzik, fesyen, gaya hidup, dan acara di Malaysia sepanjang tahun lalu.

JUICE kembali dengan edisi yang lebih lantang, berani, dan tajam selepas kejayaan The Best of 2024. Namun, fokus untuk tahun ini tetap sama; untuk memberi platform kepada rakyat Malaysia untuk menonjolkan artis, pencipta, dan pencipta trend yang berani menentang norma lama dan membentuk scene tempatan mengikut gaya tertentu mereka.

Setiap calon yang tersenarai adalah perintis sejati; suara baru, alternatif, dan pemecah tradisi dari seluruh Malaysia,
yang berani membentuk budaya dan aliran mereka sendiri.

Kategori 2025 merangkumi muzik, fesyen, gaya hidup dan pelbagai acara yang berlangsung. Berikut adalah semua pencalonan di JUICE Best of 2025.

Muzik

Fesyen

Acara

Lifestyle

Grand Finale – Person Of The Year


Person of the Year – dianugerahkan kepada individu yang paling banyak mencetuskan perbualan, memacu budaya, dan menyerlah sepanjang tahun 2025.

Tahun lalu, JUICE menerima lebih 5,000 undi dalam hanya seminggu, membuktikan komuniti tempatan sentiasa memberi sokongan terhadap anak seni, pengusaha dan scene muzik tempatan.

Pengundian telah dibuka dan peminat boleh mengundi secara dalam talian di sini dan ikuti JUICE di Instagram untuk kemas kini terkini kempen ini.

Pengundian akan ditutup pada 20 Disember 2025. Siapakah yang akan bergelar juara? Keputusan di hujung jadi anda.