Berita pemecatan Liam Rosenior pastinya sangat menggembirakan penyokong setia Chelsea selepas melihat pengendali tersebut semakin kehilangan punca dalam membimbing The Blues.

Kesabaran pemilik pasukan, Todd Boehly juga sudah sampai ke penghujung susulan kekalahan Chelsea ke atas Brighton 0-3 dimana ia adalah kekalahan kelima berturut-turut mereka dalam kempen liga tanpa dapat menjaringkan sebarang gol.

Kekalahan demi kekalahan yang dialami menyaksikan kedudukan Chelsea semakin merudum apabila kini mereka menghuni tangga kelapan liga dengan mengumpul 48 mata.

Lebih membahayakan Brentford, Everton, Fulham dan Sunderland juga tidak jauh berada di belakang Chelsea.

Liam Rosenior Terpaksa Ucap Selamat Tinggal Lebih Awal

Keputusan yang menjurus kepada pemecatan Rosenior walaupun beliau hanya menyertai Chelsea pada 6 Januari 2026 bagi menggantikan Enzo Maresca.

Melihatkan kepada ‘kerugian besar’ ketika memecat Graham Potter, Enzo Maresca dan Mauricio Pochettino, Chelsea dilihat sudah belajar daripada kesilapan.

Hal ini kerana menurut sumber laporan Goal, Chelsea berjaya mengelakkan bayaran pampasan yang besar sebanyak £24 juta selepas pemecatan Liam Rosenior hanya 104 hari selepas menjawat jawatan tersebut.

Walaupun lembaga pengarah telah menerima kritikan hebat berikutan kemerosotan prestasi kelab baru-baru ini, satu klausa pemecahan kontrak yang strategik dalam kontrak lapan tahun pengurus tersebut telah menyelamatkan The Blues daripada kerugian kewangan yang besar.

Laporan awal mengatakan bahawa kelab London Barat itu perlu menanggung penyelesaian pampasan besar sebanyak £24 juta kerana tempoh kontrak bekas pengurus tersebut yang panjang.

Namun, Sky Sports kemudian mendedahkan bahawa pihak pengurusan kelab berjaya merundingkan satu klausa pemecahan kontrak yang mengurangkan secara ketara jumlah pampasan akhir tersebut.

Klausa ini secara efektif melindungi kelab daripada beban kewangan yang besar selepas keputusan untuk menamatkan komitmen jangka panjang Rosenior enam tahun lebih awal daripada tarikh tamat kontraknya pada tahun 2032.

Ini bermakna Chelsea hanya perlu membayar £4 juta sebagai pampasan buat Rosenior.

Kekosongan yang ditinggalkan Rosenior itu bakal diisi pengendali skuad bawah 21 tahun, Calum McFarlane hingga tamat musim ini.

Sumber