Thailand Masters 2025 yang sedang berlangsung di Nimibutr Stadium, Bangkok merupakan kejohanan anjuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berstatus Super 300.

Dengan status tersebut, sudah pasti jumlah ranking serta hadiah wang tunai diterima pemain lebih sedikit berbanding kejohanan-kejohanan yang berstatus Super 1000, 750 dan 500.

Baca Juga:

Namun, ia bukanlah satu masalah besar buat para pemain yang menyertai kejohanan tersebut kerana keutamaan bagi mereka adalah untuk menjelmakan prestasi terbaik dalam usaha memburu kejuaraan.

Berbeza dengan kejohanan Terbuka Malaysia dan India dimana pemain diberikan wang tunai meskipun tewas seawal pusingan pertama, wang tunai akan diberikan bagi pemain yang beraksi di pusingan 16 (pusingan kedua) di Thailand Masters 2025

Keadaan yang serupa ketika kejohanan minggu lalu yang berlangsung di Jakarta dalam Indonesia Masters.

Ini merupakan senarai lengkap hadiah yang tunai bakal dibawa pulang oleh para pemain dalam Thailand Masters 2025:

Thailand Masters
Ratu badminton Thailand, Ratchanok Intanon turut beraksi dalam Thailand Masters 2025, Kredit Foto: Badminton Association of Thailand

Tewas di pusingan kedua (Round of 16)

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $840 (RM3,688.90).

Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $900 (RM3,952.39).

Tewas di suku akhir

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $1,440 (RM6,322.74) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $1,740 (RM7,639.98)

Tewas di separuh akhir

Bagi pemain yang terlepas peluang untuk ke perlawanan akhir dalam acara perseorangan lelaki dan wanita akan menerima wang tunai bernilai $3,480 (RM15,278.82)

Manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula akan membawa pulang $3,360 (RM14,751.29)

Naib Juara

Naib juara bagi kesemua acara akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai $9,120 (RM40,039.22).

Juara Thailand Masters 2025

Juara perseorangan lelaki dan wanita akan membawa pulang $18,000 (RM79,025.93) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $18,960 (RM83,240.65).

*Nilai mengikut kadar tukaran semasa