Pemain sayap Jepun, Junya Ito ditendang keluar dari pasukan dimana beliau berdepan dengan tuduhan melakukan serangan seksual ke atas dua wanita.
Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) mengumumkan perkara ini dimana mereka menyatakan faktor utama Ito meninggalkan pasukan adalah kerana keadaan mental dan fizikal beliau yang tidak berada dalam keadaan baik.
Baca Juga:
- Bekas Jurulatih Jepun Dilantik Sebagai Pengendali Singapura
- Jurgen Klinsmann: Kami Memang Nak Jadi Juara Kumpulan, Tak Rancang Elak Jepun
- Piala Asia 2023: Jepun Ke Pusingan 16, Atasi Indonesia 3-1
Menurut laporan media negara itu, pemain berusia 30 tahun ini melakukan hubungan seksual dengan dua wanita tanpa persetujuan mereka tahun lalu dan polis sedang menyiasat dakwaan itu.
๐จ ๐ข๐๐๐๐๐๐๐: Japan have announced that Junya Ito has left the national team at the #AsianCup2023 after being accused of sexual assault by two females. ๐ฏ๐ต
The striker will return to Reims. ๐ฌ๐ซ๐ท
(Source: official) pic.twitter.com/SywRRsWSpr
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) February 1, 2024
Menurut laporan itu, Ito disyaki terlibat dalam kelakuan seksual yang tidak diingini membabitkan wanita tersebut yang berada dalam keadaan mabuk, di sebuah hotel di Osaka pada Jun tahun lalu selepas beraksi untuk Jepun dalam perlawanan menentang Peru.
“Kami menerima aduan jenayah terhadapnya dan telah memulakan siasatan,” kata jurucakap polis di Osaka yang bekerja di jabatan yang meliputi jenayah termasuk serangan seksual.
Ito telah menafikan sebarang salah laku yang dilontarkan terhadapnya dimana peguamnya berkata dakwaan itu “tidak berasas sama sekali”.
Menurut peguamnya, walaupun Junya Ito meluangkan masa bersama dua wanita itu, kenyataan mereka tidak konsisten dan tiada bukti fizikal yang menyokong dakwaan mereka.
Ito disenaraikan dalam skuad Jepun untuk perlawanan pusingan 16 terakhir Piala Asia pada Rabu menentang Bahrain tetapi beliau tidak diturunkan dalam kemenangan 3-1.
JFA berkata Ito tidak akan digantikan dalam skuad itu dan akan meneruskan saingan dalam temasya dengan pemain sedia ada.
Kelabnya iaitu Reims dalam satu kenyataan berkata pihaknya memandang serius dakwaan itu tetapi Ito “kekal sebagai ahli penuh” dalam pasukan.
“Tahap profesionalisma dan tingkah laku penyerang Jepun itu tidak perlu dipersoalkan oleh kelab,” kata mereka dalam satu kenyataan.