Korea Selatan gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik untuk acara bola sepak lelaki buat kali pertama dalam sejarah selepas tewas kepada Indonesia di peringkat suku akhir Piala Asia B-23 di Qatar.
Ia bermakna skuad garuda muda telah mencalarkan rekod Korea Selatan yang sentiasa beraksi di Sukan Olimpik sejak tahun 1984.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- 55 Peratus Rakyat Malaysia Didapati Tak Mampu Simpan Duit, Bergantung Pada Gaji Bulanan Sepenuhnya
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
Lebih menarik, ia sendiri dipecahkan oleh Shin Tae-yong yang juga merupakan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Korea Selatan.
Menurut penulis sukan negara tersebut iaitu Steve Han, beliau menyifatkan kekalahan itu sebagai karma berdasarkan insiden yang terjadi kepada Shin Tae-yong ketika Piala Dunia 2018.
“Dalam penampilan terakhirnya sebagai pengendali Korea pada tahun 2018, penyokong telah lempar telur kepada Shin Tae-yong dan para pemain selepas mereka menewaskan Jerman di Rusia.
“Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) membiarkan beliau menunggu tanpa sebarang lanjutan kontrak sebelum berpisah. Enam tahun kemudian, ini yang terjadi,” katanya menerusi laman X.
In his last public appearance as Korea manager in 2018, eggs were thrown towards Shin Tae-yong and his players after they beat Germany in Russia. The KFA left him hanging for the call to renew his deal before parting ways without any contact. Six years later, TODAY happened. https://t.co/l7rAR55LiD
— Steve Han • 한만성 (@realstevescores) April 25, 2024
Indonesia mencipta kejutan luar biasa apabila menewaskan Korea Selatan menerusi penentuan sepakan penalti yang mendebarkan dan penuh drama.
Mereka terikat 2-2 dalam tempoh 90 minit perlawanan sebelum mengesahkan tiket ke peringkat separuh akhir Piala Asia B-23 dengan kemenangan 11-10.
Ia adalah perlawanan yang cukup dramatik dan sudah pasti menjadi bualan peminat bola sepak dari seluruh Asia.
Keputusan itu bermakna Indonesia kini tinggal selangkah lagi mencapai cita-cita beraksi di Sukan Olimpik 2024 dalam acara bola sepak.
Hanya tiga pasukan terbaik di Piala Asia B-23 akan mara secara automatik ke Sukan Olimpik 2024 sementara pasukan keempat akan mengharungi ‘play-off’ menentang wakil Afrika, Guinea.