Harry Kane memberikan komen tentang peluangnya dan Erling Haaland untuk memenangi Ballon d’Or 2026.

Kedua dua penyerang itu dianggap antara calon pilihan untuk memenangi Ballon d’Or berdasarkan rekod gol mereka setakat ini.

Kane membantu England layak ke Piala Dunia 2026 dengan rekod kemenangan 100% di peringkat kelayakan dengan rekod tanpa sebarang bolos.

Sementara Erling Haaland membantu menamatkan penantian negaranya untuk layak ke Piala Dunia buat pertama kali sejak 1998.

Namun Kane berpendapat, itu bukan penentu kepada dia dan Erling Haaland untuk menang Ballon d’Or.

Menurut Kane, syarat utama untuk menang Ballon d’Or adalah memenangi Piala Dunia atau UCL.

Jika gagal memenangi salah satu daripada trofi itu, maka dia tidak akan ada peluang untuk memenanginya. Sama juga kepada Erling Haaland.

Kane berkata: “Saya mungkin boleh menjaringkan 100 gol sekalipun, namun jika saya gagal memenangi Piala Dunia atau Liga Juara Juara Eropah, kamu mungkin tak akan dapat menang Ballon d’Or.

“Sama juga dengan Haaland, dan pemain pemain lain yang mahu memenangi Ballon d’Or.”