Umum mengetahui bahawa tuntutan hadanah antara Hafidz Roshdi dan bekas isteri, Nurul Shuhada kini masih berjalan di mahkamah.

Akan tetapi, Hafidz tidak hadir di mahkamah bagi menyelesaikan kemelut berhubung tuntutan hak penjagaan anak yang difailkan pada tahun lalu.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Susulan itu, Shuhada berasa tidak puas hati dengan tindakan Hafidz yang berkali-kali tidak hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kes Hadanah interim dan kekal dua anak mereka.

@buletin.tikt0k

credit : youtube tv3malaysia #fyp #berandafyp #berandatiktok #bikinpanas

♬ original sound – buletin.tiktok 📽️🔥 – buletin.tiktok 📽️🔥

“Saya rasa marah sangat sebab dia macam tak tahu apa benda yang berlaku. Kau nak menjawab pun, kau jawab salah jadi saya bidas.

“Saya malas dah nak berlembut dengan orang yang tak nak berlembut. This is your case, you yang failkan takkan tak tahu hari sebutan kes atau bicara. Bukan nak provoke tapi nak dia tahu yang apa yang dia buat. Kau nak failkan untuk apa? Kau nak ambil apa sebenarnya?” ujar Shuhadah ditemu bual Melodi.

Tambahnya, dia juga tertanya-tanya tentang motif Hafidz memfailkan kes berkenaan namun dia gagal untuk hadir dan dia tidak ada masalah sekiranya tindakan undang-undang seperti mengeluarkan waran tangkap dikenakan terhadap bekas suaminya itu.

Lantaran itu, dia berharap Hafidz dapat menghadirkan diri ke mahkamah bagi menyelesaikan kes hadanah dan juga kes memukul dirinya agar kes terbabit dapat diselesaikan segera.