Pergunungan Arab Saudi bertukar hijau selepas hujan lebat yang melanda negara itu.
Peristiwa pergunungan Arab bertukar hijau ini dimuat naik dalam video di akaun Twitter media kerajaan Saudi Press Agency (SPA) pada 5 Januari 2023 yang lalu.

Baca Juga:
- ‘Main Harga’ Dengan Batalkan Tempahan Jemaah Saat Akhir, Pensyarah Dedah Taktik Kotor Hotel Di Arab Saudi
- Putera Saudi Minta Jet Tempur F-35 Sebagai Syarat Normalisasi Hubungan Arab Saudi Dan Israel
Dalam video tersebut, anda dapat melihat pergunungan yang mengelilingi kota suci Mekah yang diliputi kehijauan dan tumbuh-tumbuhan, jauh dari kesan gersang dan kering yang biasa kita lihat.
#فيديو_واس | جبال مكة المكرمة تكتسي باللون الأخضر.#واس_جودة_الحياة pic.twitter.com/CkdA9QU4TT
— واس جودة الحياة (@SPAqualitylife) January 5, 2023
Akaun rasmi wilayah Mekah turut mengabadikan detik ini dalam sebuah video, yang kemudian dimuat naik ke Twitter dan menerima beribu tontonan.
Warga Arab Saudi kemudian membalas siaran itu dengan berkongsi video mereka sendiri menunjukkan kehijauan seperti di Laith, Taif dan Jeddah.
Seorang netizen Saudi menulis di Twitter, “Alhamdulillah dan syukur kepada Tuhan, kami memohon kepada Yang Maha Kuasa untuk memelihara (tumbuhan hijau) sebagai rahmat untuk kami dan melindungi mereka daripada hilang”.
#فيديو🎥
جبال #مكة تكتسي الخَضار بعد الأمطار التي شهدتها مؤخراً
.
تصوير: عبدالإله السلمي pic.twitter.com/finS66zJXb— إمارة منطقة مكة المكرمة (@makkahregion) January 7, 2023
Seorang lagi netizen bernama Ahmad Al-Assaf mengulas, “Lembah ini tidak [berlaku aktiviti] bercucuk tanam, dan alhamdulillah, gunung di sekelilingnya menghijau dan menyenangkan.”
Di tengah kekaguman terhadap tanah Arab yang hijau dan subur, netizen berasa takut dan bimbang. Mereka mengaitkan landskap hijau di Arab Saudi dengan tanda-tanda kiamat yang Nabi sebutkan beribu-ribu tahun dahulu.
Sebelum ini, Arab Saudi telah dilanda hujan lebat beberapa minggu kebelakangan ini. Akibatnya, beberapa bandar ditenggelami banjir di tengah-tengah fenomena pergunungan Arab Saudi bertukar menjadi hijau.