Kementrian Belia dan Sukan (KBS) digesa agar tidak mencampuri urusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenai kes pemalsuan dokumen pemain.
Dalam dokumen yang dikeluarkan FIFA hari ini, badan itu menolak rayuan daripada FAM serta 7 pemain terbabit dan menyarankan bahawa kes tersebut perlu disiasat pihak berkuasa jenayah di lima negara.
Baca Juga:
- Kemelut Isu Pemain Warisan Kian Memuncak, FIFA Cadang Siasatan Jenayah Rentas Lima Negara

- FAM Sahkan Akan ‘Lawan’ Keputusan FIFA Di CAS Demi Tegakkan Keadilan

- Wartawan Argentina Dakwa Ini Salinan Digunakan FIFA Sahkan Nenek Machuca Lahir Di Santa Fe Bukannya Malaysia

Lima negara yang dimaksudkan ialah Malaysia, Belanda, Argentina dan juga Brazil.

FIFA Anggap Palsukan Dokumen Adalah Kesalahan Serius
Menurut dokumen rasmi itu dalam perkara 304, Jawatankuasa Rayuan FIFA menyifatkan kesalahan terbabit terutamanya unsur pemalsuan dokumen rasmi sebagai kes yang berada pada tahap serius dan memerlukan tindakan lanjut di luar kerangka perundangan sukan.
KBS dinasihatkan agar tidak perlu mencampuri urusan dua badan ini bagi mengelak hukuman yang lebih serius dikenakan terhadap FAM.

Mereka boleh mengambil ikhtibar atas apa yang dialami oleh dua negara Asia lain iaitu Indonesia dan Kuwait pada 2015.
Kuwait digantung selama dua tahun dan Indonesia digantung selama 11 bulan ekoran campur tangan kerajaan dalam urusan badan bola sepak negara tersebut.
Pada 4 November, KBS menegaskan mereka menuntut akauntabiliti dan memberikan sokongan penuh kepada Jawatankuasa Siasatan Khas Bebas yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif.