Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Jumaat mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR) memberikan kad pengesahan pelarian kepada beberapa individu warga Indonesia.
Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata menerusi operasi penguatkuasaan, pihaknya berjaya mengesan beberapa warga Indonesia yang didapati mempunyai memiliki kad pelarian yang dikeluarkan UNHCR.
“Macam mana UNHCR mengeluarkan kad sewenang-wenangnya, sehinggakan dengan ada kad ini, seolah-olah sah untuk mereka tinggal dalam negara.
“Ini menunjukkan mereka (UNHCR, persatuan) seolah-olah bekerjasama. Mana boleh untuk persatuan yang tidak didaftarkan di Malaysia melakukan sesuatu seperti mengeluarkan kad kepada warga asing lain seperti Indonesia.
“Saya nak maklumkan bahawa kita sudah mempunyai bukti untuk mencari kesalahan yang dilakukan termasuk oleh UNHCR,” katanya kepada pemberita selepas operasi Jabatan Imigresen di Pasar Besar Meru.
Operasi malam tersebut menyaksikan daripada 704 warga asing yang diperiksa, 51 pendatang ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan imigresen.
Isu pelarian menjadikan Malaysia sebagai destinasi mereka tidak mungkin berakhir. Disember lalu, sabuah bot pelarian Rohingya telah diusir dari Indonesia ke perairan Malaysia. Baca lagi pada pautan di bawah.
Tidak Dibenarkan Mendarat, Pihak Berkuasa Indonesia Usir Bot Pelarian Rohingya Ke Perairan Malaysia
Amerika Syarikat Risau Nasib Pelarian Myanmar Yang Dihantar Keluar Dari Malaysia
Ribuan Pelarian Rohingya Merusuh, Tak Mahu Tinggal Di Kem Yang Sesak Seperti Setinggan