Aliff Aziz dan Ruhainies tampil membuat kenyataan tentang berita bahawa mereka dilaporkan ditangkap khalwat dengan menyatakan  bahawa keadaan pada malam itu membuatkan timbul syak wasangka.

Semalam kecoh dengan cerita Aliff Aziz yang dilaporkan curang sekali lagi. Kali ini didakwa dengan Ruhainies pula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pasangan tersebut dilaporkan tidak mahu membuka pintu selama 3 jam. Sehinggalah bomba dipanggil untuk memecahkan pintu jika mereka terus ingkar.

Isteri Aliff Aziz, Bella Astillah kemudian hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam pada jam kira kira 2.30 pagi. Dengan kakak kepada Bella mengesahkan bahawa Aliff didakwa telah berkhalwat namun dia meminta semua pihak memberikan ruang kepada Bella Astillah.

Aliff Aziz kemudian membuat kenyataan di IG beliau menyatakan bahawa dia akan membongkar kisah yang sebenar. Sambil mendedahkan apa yang berlaku tidak seburuk yang disangka oleh semua pihak.

Namun Aliff Aziz akur bahawa situasi dia dengan Ruhainies tersebut telah menimbulkan syak wasangka dan kesal tidak mengelakkannya daripada berlaku.

“Seharusnya keadaan yang dapat dielak akan tetapi saya akan memberikan keterangan tentang apa yang berlaku sebenarnya nanti bagi mengelakkan salah faham tentang apa yang terjadi,” tegas penyanyi dan pelakon asal Singapura itu.

Aliff Aziz menafikan dia cuba menegakkan benang yang basah. Namun sekadar mahu berkongsi kepada sesiapa yang mahu mendengar. Sambil meminta maaf di atas apa yang terjadi.

Dan dia sedia memberikan keterangan berhubung isu tersebut.

Ruhainies turut membuat kenyataan peribadi tentang perkara tersebut.

Ruhainies menyatakan bahawa ada beberapa kenyataan yang kurang tepat tersebar di dalam media sosial. Sambil dia turut meminta maaf di atas apa yang berlaku.

Ruhainies turut menambah: “Saya juga berharap spekulasi ini dapat dihentikan sehingga saya memberikan kenyataan bagi mengelakkan dari kekeliruan dan salah faham, InsyAllah,” tutut beliau.