Berakhirnya empat perlawanan AFC Champions League (ACL Elite) 2026/27 menyaksikan empat pasukan dimana masing-masing dua bagi setiap zon berjaya mengekalkan rekod kemenangan mereka.
Bagi kumpulan A yang terdiri daripada Zon Timur, Kashima Antlers dan Vissel Kobe melakarkan kemenangan ketiga berturut-turut. Manakala Al Ain dan Shabab AlAhli pula cemerlang di kumpulan B (Zon Barat).
Lebih menarik untuk diperkatakan apabila wakil tunggal negara dalam ACL Elite 2026/27, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada di kedudukan keempat selepas mencatatkan kemenangan kedua ke atas Port 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim.
JDT mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu keputusan seri dicatatkan.
Sementara itu, Pohang Steelers bersama-sama Port, Newcastle Jets dan Al-Gharafa tewas tiga perlawanan berturut-turut.
Al Wasl juga sama tetapi mereka masih kekurangan satu perlawanan kerana pertemuan menentang Al-Nassr terpaksa ditunda disebabkan kebimbangan keselamatan serantau serta gangguan penerbangan yang teruk, yang menghalang delegasi kelab yang berpangkalan di UAE daripada melakukan perjalanan ke Riyadh.
Berikut merupakan kedudukan terkini saingan ACL Elite 2026/27 bagi zon timur dan barat selepas berakhirnya tiga perlawanan:
Kedudukan Terkini ACL Elite 2026/27
Kumpulan A – Zon Timur
1) Kashima Antlers (Jepun) – 9 mata
2) Vissel Kobe (Jepun) – 9 mata
3) Gamba Osaka (Jepun) – 7 mata
4) JDT (Malaysia) – 7 mata
5) Beijing Guoan (China) – 6 mata
6) Kyoto Sanga (Jepun) – 6 mata
7) Kashiwa Reysol (Jepun) – 4 mata
8) Shanghai Port (China) – 4 mata
9) Daejeon Hana (Korea Selatan) – 4 mata
10) Jeonbuk Motors (Korea Selatan) – 4 mata
11) Cong An Hanoi (Vietnam) – 3 mata
12) Buriram United (Thailand) – 2 mata
13) Ratchaburi (Thailand) – 1 mata
14) Pohang Steelers (Korea Selatan) – 0 mata
15) Port (Thailand) – 0 mata
16) Newcastle Jets (Australia) – 0 mata
Kumpulan B – Zon Barat
1) Al Ain (UAE) – 9 mata
2) Shabab AlAhli (UAE) – 9 mata
3) Al-Ahli (Arab Saudi) – 7 mata
4) Esteghlal (Iran) – 6 mata
5) Al-Hilal (Arab Saudi) – 6 mata
6) Al-Shamal (Qatar) – 5 mata
7) Al Qadsiah (Arab Saudi) – 5 mata
8) Al-Ittihad (Arab Saudi) – 4 mata
9) Al-Nassr (Arab Saudi) – 3 mata
10) Neftchi Fergana (Uzbekistan) – 3 mata
11) Al-Quwa Al-Jawiya (Iraq) – 3 mata
12) Pakhtakor (Uzbekistan) – 2 mata
13) Tractor (Iran) – 1 mata
14) Al Sadd (Qatar) – 1 mata
13) Al-Gharafa (Qatar) – 0 mata
14) Al Wasl (UAE) – 0 mata