Berakhirnya dua perlawanan AFC Champions League (ACL Elite) 2026/27 menyaksikan lapan pasukan dimana masing-masing bagi setiap zon berjaya mengekalkan rekod kemenangan mereka.
Bagi kumpulan A yang terdiri daripada Zon Timur, Kashima Antlers bersama-sama Gamba Osaka, Beijing Guoan dan Vissel Kobe melakarkan kemenangan kedua.
Manakala Al Ain, Esteghlal, Al-Hilal dan Shabab AlAhli pula cemerlang di kumpulan B (Zon Barat).
Kashima Antlers menjadikan wakil Vietnam, Cong An Hanoi sebagai mangsa kedua mereka dengan kemenangan tipis 1-0 hasil bantuan jaringan sendiri Leygley Adou pada minit ke-61.
Gamba Osaka pula tidak berdepan masalah untuk menundukkan Newcastle Jets 3-1 di gelanggang lawan hasil sumbangan jaringan Yusei Toshida, Deniz Hummet dan Welton Felipe.
Beijing Guoan pula menundukkan Buriram United 1-0 di Thailand manakala Vissel Kobe menewaskan Jeonbuk Motors dari Korea Selatan 2-0.
Sementara itu, Al Ain yang sebelum ini membelasah Al-Nassr 4-0 terus memperagakan aksi cukup garang untuk menumpaskan Al-Quwa Al-Jawiya dari Iraq dengan 4-1.
Esteghlal pula berjaya menundukkan Al-Gharafa dengan 2-1 dan Al-Hilal mengatasi Al Sadd 2-0. Shabab AlAhli melakarkan kejutan apabila mengecewakan kelab gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad 2-1 di gelanggang lawan.
Wakil tunggal negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) pulang ke tanah air dengan nota kemenangan selepas menewaskan Pohang Steelers 2-0 hasil dua jaringan Marcos Guilherme.
Berikut merupakan kedudukan terkini saingan ACL Elite 2026/27 bagi zon timur dan barat selepas berakhirnya dua perlawanan:
Kedudukan Terkini ACL Elite 2026/27
Kumpulan A – Zon Timur
1) Kashima Antlers (Jepun) – 6 mata
2) Gamba Osaka (Jepun) – 6 mata
3) Beijing Guoan (China) – 6 mata
4) Vissel Kobe (Jepun) – 6 mataq
5) Shanghai Port (China) – 4 mata
6) JDT (Malaysia) – 4 mata
7) Daejeon Hana (Korea Selatan) – 4 mata
8) Kashiwa Reysol (Jepun) – 3 mata
9) Kyoto Sanga (Jepun) – 3 mata
10) Jeonbuk Motors (Korea Selatan) – 3
11) Buriram United (Thailand) – 1
12) Ratchaburi (Thailand) – 0
13) Cong An Hanoi (Vietnam) – 0
14) Pohang Steelers (Korea Selatan) – 0
15) Port (Thailand) – 0
16) Newcastle Jets (Australia) – 0
Kumpulan B – Zon Barat
1) Al Ain (UAE) – 6
2) Esteghlal (Iran) – 6
3) Al-Hilal (Arab Saudi) – 6
4) Shabab AlAhli (UAE) – 6
5) Al-Ahli (Arab Saudi) – 4
6) Al Qadsiah (Arab Saudi) – 4
7) Neftchi Fergana (Uzbekistan) – 3
8) Al-Nassr (Arab Saudi) – 3
9) Pakhtakor (Uzbekistan) – 2
10) Al-Shamal (Qatar) – 2
11) Al-Ittihad (Arab Saudi) – 1
12) Tractor (Iran) – 1
13) Al-Gharafa (Qatar) – 0
14) Al Wasl (UAE) – 0
15) Al-Quwa Al-Jawiya (Iraq) – 0
16) Al Sadd (Qatar) – 0