Kempen AFC Champions League Two (ACL 2) 2025/26 juga sudah memasuki perlawanan kedua dengan wakil Malaysia, Selangor tewas pada kedua-dua aksi tersebut.

Selangor tewas dengan keputusan yang sama 2-4 ketika berhadapan dengan Bangkok United di Kelana Jaya dan kelmarin dikecewakan oleh Lion City Sailors pula.

Baca Juga:

Daripada lapan kumpulan, terdapat lapan pasukan yang masih mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam saingan ini.

Pasukan yang dimaksudkan ialah Al Wasl (UAE), Al Muharraq (Bahrain), Al Hussein (Jordan), Al-Nassr (Arab Saudi), Gamba Osaka (Jepun), Nam Dinh (Vietnam), Tampines Rovers (Singapura) dan Pohang Steelers (Korea Selatan).

Ketika semua pasukan sudah bermain dua perlawanan ACL 2, Sepahan S.C dan Ahal FK dari kumpulan C hanya bermain satu perlawanan kerana Mohun Bagan dari India telah ‘ditendang keluar’ daripada persaingan.

Hal ini kerana keengganan kem Mohun Bagan untuk terbang ke Iran bagi menghadapi Sepahan atas faktor kebimbangan mengenai keselamatan dan sekuriti pemain, staf serta pegawai pasukan.

Tindakan itu menyebabkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menganggap kelab tersebut telah menarik diri daripada kejohanan selaras dengan Artikel 5.2 Peraturan Kejohanan AFC Champions League Two 2025/26

Berikut merupakan kedudukan terkini saingan ACL 2 2025/26 bagi kesemua kumpulan selepas mengharungi dua perlawanan:

ACL 2 2025/26

Kumpulan A 

1) Al Wasl (UAE) – 6 mata

2) Al-Muharraq (Bahrain) – 6 mata

3) Al-Wehdat (Jordan) – 0 mata

4) Esteghlal F.C (Iran) – 0 mata

Kumpulan B

1) Al-Khalidiya (Bahrain) – 4 mata

2) Al Ahli (Qatar) – 2 mata

3) FK Andijan (Uzbekistan) – 2 mata

4) FK Arkadag (Turkmenistan) – 0 mata

Kumpulan C

1) Al Hussein (Jordan) – 6 mata

2) Sepahan S.C (Iran) – 0 mata

3) Ahal FK (Turkmenistan) – 0 mata

Kumpulan D

1) Al-Nassr (Arab Saudi) – 6 mata

2) Al-Zawraa (Iraq) – 3 mata

3) Istiklol (Tajikistan) – 3 mata

4) FC Goa (India) – 0 mata

Kumpulan E

1) Cong An Hanoi (Vietnam) – 4 mata

2) Tai Po (Hong Kong) – 3 mata

3) Macarthur (Australia) – 3 mata

4) Beijing Guoan (China) – 1 mata

Kumpulan F

1) Gamba Osaka (Jepun) – 6 mata

2) Nam Dinh (Vietnam) – 6 mata

3) Eastern Sports Club (Hong Kong) – 0 mata

4) Ratchaburi (Thailand) – 0 mata

Kumpulan G

1) Lion City Sailors (Singapura) – 4 mata

2) Persib Bandung (Indonesia) – 4 mata

3) Bangkok United (Thailand) – 3 mata

4) Selangor (Malaysia) – 0 mata

Kumpulan H

1) Tampines Rovers (Singapura) – 6 mata

2) Pohang Steelers (Korea Selatan) – 6 mata

3) BG Pathum United (Thailand) – 0 mata

4) Kaya–Iloilo (Filipina) – 0 mata