Ranking dunia dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam menyaksikan Malaysia naik enam anak tangga untuk berada di kedudukan ke-125.
Peningkatan yang memberikan harapan besar terhadap sinar baharu dalam usaha kebangkitan bola sepak negara hasil projek revolusi dengan kehadiran pemain-pemain warisan.
Baca Juga:
- Ranking FIFA Naik 6 Anak Tangga, Harimau Malaya Kini Di Tangga Ke-125 Dunia

- Ranking FIFA Harimau Malaya Jatuh Mendadak Bawah Indonesia

- FIFA Keluarkan Ranking Futsal Dunia, Malaysia Di Tangga Ke-79

Tambahan 14.91 mata itu masih meletakkan skuad negara di kedudukan keempat dalam senarai negara Asia Tenggara (ASEAN).

Thailand masih menjadi pasukan ASEAN terbaik walaupun sudah terkeluar daripada senarai 100 pasukan terbaik berikutan jatuh tiga anak tangga.
Tewas kepada Turkmenistan 1-3 dan kemudiannya menang 2-0 ke atas India menyaksikan Thailand ditolak 12.24 mata untuk berada di kedudukan ke-102.
Vietnam yang berada di kedudukan kedua ASEAN turut menerima nasib sama apabila turun empat anak tunggu untuk menghuni ranking dunia ke-113.

Indonesia pula terus berada di tempat ketiga selepas meningkat ke kedudukan ke-118 hasil peningkatan lima anak tangga berikutan kemenangan tipis 1-0 ke atas China dalam Kelayakan Piala Dunia 2027.
Berikut senarai penuh kedudukan pasukan ASEAN dalam ranking dunia FIFA:
Ranking FIFA – Julai 2025
1) Thailand – 102 (1222.07 mata)
2) Vietnam – 113 (1169.92 mata)
3) Indonesia – 118 (1154.55 mata)
4) Malaysia – 125 (1138.48 mata)
5) Filipina – 145 (+1) (1066.35 mata)

6) Singapura – 159 (+2) (1017.29 mata)
7) Myanmar – 160 (+2) (1004.06 mata)
8) Kemboja – 180 (+1) (910.21 mata)
9) Brunei Darussalam – 183 (+2) (900.62 mata)
10) Laos – 185 (+5) (890.35 mata)
11) Timor-Leste – 195 (+2) (855.36 mata)