Beberapa hari lalu media digemparkan dengan berita penahanan seorang pelawak terkenal yang ditahan pihak berkuasa selepas didapati membawa bahan terlarang semasa menunaikan umrah.

Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi, petik Berita Harian.

Baca Juga:

Menurut pihak kedutaan, pihaknya dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah memberikan bantuan konsular kepada pelawak terkenal itu.

Berita Harian melaporkan pihak kedutaan mengesahkan penangkapan itu. Bagaimanapun butiran terperinci identiti individu tersebut tidak dapat dikongsikan.

“Atas pelbagai faktor, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, kesal kerana tidak dapat memberikan butiran lain perkara itu,” katanya.

Terdahulu, individu didakwa pelawak terkenal dilaporkan sudah ditahan di Jeddah sejak dua bulan lalu.

Dia ditahan kerana memiliki dadah jenis ganja semasa melakukan ibadah umrah.

Sumber