Kelab yang akan beraksi di liga divisyen satu dan dua Liga Korea memilih untuk mengadakan latihan pra musim di beberapa negara Asia Tenggara namun Malaysia tidak tersenarai.

Perkara ini dikongsikan oleh Asean Football dimana antara negara Asean yang menjadi pilihan kelab Korea ialah Thailand, Vietnam dan Indonesia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sebanyak 15 kelab memilih untuk mengadakan latihan pra musim di Thailand lebih tepatnya di Chiang Mai, Bangkok dan Chiangrai manakala dua lagi kelab iaitu Pohang Steelers dan Daejon Hana Citizens memilih untuk berlatih di Vietnam.

Suwon FC yang diperkuatkan oleh pertahanan skuad Garuda, Pratama Arhan dilaporkan memilih untuk menjalani latihan pra musim di Bali, Indonesia.

Salah seorang pegawai pasukan FC Seoul mendedahkan mengapa kebanyakan kelab memilih untuk mengadakan latihan serta perlawanan pra musim di Asia Tenggara.

“Jumlah kecederaan jangka panjang pada musim 2023 adalah lebih rendah berbanding musim sebelumnya. Kami menjalankan latihan di Thailand buat pertama kali pada musim sejuk yang lalu, dan ia nampaknya memberi impak positif.

“Thailand adalah lokasi yang terbaik memandangkan cuaca, kos yang berpatutan dan kualiti padang latihan yang baik,” katanya dipetik dari laporan K League United.

Ramai peminat yang tertanya-tanya mengapa kelab Korea tidak menjalani latihan di Malaysia dan lebih memilih negara lain untuk dijadikan sebagai pusat latihan.

Bola sepak Malaysia tidak asing dengan Korea dimana skuad Harimau Malaya ketika ini dikendalikan oleh Kim Pan-gon yang pernah memegang jawatan penting dalam badan bola sepak negara itu.