Skuad Indonesia memulakan kempen pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan langkah kiri apabila dibelasah 5-1 ketika menentang Iraq di Stadium Antarabangsa Basra.
Ianya bukan tugas mudah buat pasukan garuda itu kerana beraksi di hadapan 60,000 penyokong tuan rumah dan mereka juga tidak dapat menandingi kekuatan pemain Iraq yang cukup mantap di semua posisi.
Baca Juga:
- Kelayakan Piala Dunia 2026: Korea Selatan Mudah Belasah Singapura
- Ranking FIFA: Harimau Malaya Lonjak Di Ranking Ke-130 dunia
- Kelayakan Piala Dunia 2026: Malaysia Pamer Kebangkitan Dramatik Tundukkan Republik Kyrgyz
Pesta gol Iraq bermula seawal minit ke 20 apabila Bashar Rasan melepaskan rembatan leret dalam kawasan kotak penalti yang mudah menewaskan penjaga gol Indonesia, Nadeo Argawinata.
15 minit kemudian, pemain pertahanan JDT, Jordi Amat melakukan kesilapan apabila menjaringkan gol sendiri sekaligus memastikan Iraq mendahului dengan kedudukan 2-0.
Jordi Amat goal bunuh diri 😭 #TimnasDay pic.twitter.com/cdfOc4B6XX
— Bayu Arisandy (@bayuarisandee) November 16, 2023
Bagaimanapun, Indonesia juga sempat menjaringkan gol pertama menerusi rembatan pemain naturalisasi, Shayne Pattynama seminit sebelum tamat separuh masa pertama.
Memasuki separuh masa kedua, Iraq bangkit dengan lebih garang dan langsung tidak memberi peluang kepada Indonesia melakukan serangan balas.
Pada minit ke 60, stadium kembali bergema dengan sorakan penyokong selepas Osama Rashid menambah gol ketiga Iraq menerusi percubaan dari luar kotak penalti.
Iraq 🇮🇶 3-1 Indonesia 🇮🇩 #TimnasDay pic.twitter.com/Am6n9LSNPT
— Bayu Arisandy (@bayuarisandee) November 16, 2023
Jaringan tersebut turut mematahkan semangat pemain Indonesia yang berharap dalam melakukan kebangkitan untuk menyamakan kedudukan namun ia tidak menjadi kenyataan apabila Youssef Amyn menjaringkan gol keempat pada minit ke 81.
5 minit sebelum tamat perlawanan, Iraq terus menambah derita Indonesia dan kali ini menerusia jaringan Ali Al Hamadi yang mudah memperdayakan benteng pertahanan pelawat.
5-1 untuk keunggulan Iraq 🇮🇶 #TimnasDay pic.twitter.com/2gHIiQ7191
— Bayu Arisandy (@bayuarisandee) November 16, 2023
Keputusan 5-1 kekal sehingga tamat perlawanan dan Indonesia berada di kedudukan tercorot dalam kumpulan F di belakang Vietnam dan Filipina.
Satu lagi perlawanan menyaksikan Vietnam menewaskan Filipina 2-0 hasil jaringan Nguyen Van Toan dan Nguyen Dinh Bac.