Kesemua 18 pasukan yang bersaing dalam Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 sudah mengharungi enam perlawanan setakat ini.

Pendahulu ketiga-tiga kumpulan iaitu Iran, Korea Selatan dan Jepun masih unggul di tangga teratas yang menyaksikan masih tiada sebarang kekalahan dialami.

Baca Juga:

Jepun pastinya semakin hampir untuk mengesahkan tempat secara automatik ke Piala Dunia 2026 apabila mendahului pasukan tangga ketiga, Indonesia dengan 10 mata.

Mengapa perlu dibandingkan dengan pasukan tangga ketiga dan bukannya pasukan tempat kedua? Hal ini kerana dua pasukan tangga teratas setiap kumpulan akan layak secara automatik.

Iran pula memiliki kelebihan enam mata dihadapan Emiriah Arab Bersatu (UAE) manakala Korea Selatan pula meninggalkan Jordan dengan lima mata.

Daripada tiga kumpulan, persaingan dalam kumpulan C nyata cukup menarik untuk diperkatakan apabila selain daripada Jepun yang sudah jauh di hadapan, lima pasukan lagi memiliki peluang seimbang.

Ia jelas disaksikan dengan Australia di kedudukan kedua meraih tujuh mata manakala empat pasukan lagi yang terdiri daripada Indonesia, Arab Saudi, Bahrain dan China masing-masing mengumpul enam mata.

Berikut merupakan kedudukan terkini ketiga-tiga kumpulan Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas berakhirnya enam perlawanan:

Kumpulan A

1) Iran – 16 mata

2) Uzbekistan – 13 mata

3) Emiriah Arab Bersatu (UAE) – 10 mata

4) Qatar – 7 mata

5) Kyrgyzstan – 3 mata

6) DPR Korea – 2 mata

 

Kumpulan B

1) Korea Selatan – 14 mata

2) Iraq – 11 mata

3) Jordan – 9 mata

4) Oman – 6 mata

5) Kuwait – 4 mata

6) Palestin – 3 mata

 

Kumpulan C

1) Jepun – 16 mata

2) Australia – 7 mata

3) Indonesia – 6 mata

4) Arab Saudi – 6 mata

5) Bahrain – 6 mata

8) China – 6 mata