Skuad kebangsaan Malaysia menjadi bahan ketawa oleh musuh serantau ekoran pendedahan yang dilakukan oleh beberapa pemain warisan yang didakwa mempunyai pertalian dengan negara ini.

Baru-baru ini, ketua pasukan kelab Liga Kejuaraan England, Burnley iaitu Josh Brownhill menafikan beliau mempunyai pertalian dengan Malaysia.

Baca Juga:

Menerusi laman media sosial Instagram Story miliknya, Josh menyatakan beliau dilahirkan di England dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Malaysia, walaupun 1 peratus.

“Saya hanya mahu membahas mengenai khabar angin yang sedang beredar ketika ini. Malangnya status kewarganegaraan saya hanyalah England dan bukan Malaysia seperti yang orang lain anggap.

“Saya tak pasti bagaimana perkara ini bermula dan hanya mahu menjernihkan keadaan. Tetapi saya mahu mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan,” katanya.

Perkara ini mendapat perhatian dari peminat pasukan serantau seperti Singapura dan Indonesia dimana mereka menganggap skuad Harimau Malaya layak dijadikan sebagai bahan ketawa.

Selain Brownhill, seorang lagi pemain iaitu Isaac Hayden turut membuat pendedahan sama dimana beliau meminta agar peminat tidak melibatkan pemain itu dalam isu mengenai skuad Harimau Malaya.

“Malaysia adalah salah satu negara terbaik di dunia, tetapi saya tiada kaitan dengan mereka sekaligus tidak boleh beraksi bersama pasukan itu.

“Jangan libatkan saya dalam perkara ini. Terima kasih banyak,” katanya.

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor menegaskan ada pemain warisan yang tidak tahu mengenai Malaysia, bahkan ada yang menafikan mereka mempunyai pertalian dengan negara ini.

“Yang ada tu apabila ditanya, ada yang
tak tahu pun Malaysia dekat mana. Exact
words was “I’m not Malaysian, and where is Malaysia anyways.” Kami dah buat research dan approach. Tetapi scouting akan tetap diteruskan dengan lebih luas lagi,” katanya.