Undian Piala Dunia 2026 berlangsung sebentar tadi dalam satu majlis yang diadakan di John F. Kennedy Center for the Performing Arts, Washington DC.

Saat-saat penentuan itu membuka lembaran baharu edisi terbesar dalam sejarah Piala Dunia dengan penyertaan 48 pasukan bagi mengisi 12 kumpulan.

Baca Juga:

Di atas kertas menyaksikan juara bertahan, Argentina mungkin tidak terlalu berdepan masalah besar apabila telah diundi dalam kumpulan J bersama-sama Austria, Algeria dan Jordan.

Manakala pemenang terbanyak dengan lima kejuaraan, Brazil berada dalam kumpulan C bersama Maghribi, Haiti dan Scotland

Pertarungan antara Kylian Mbappe dan Erling Haaland dapat disaksikan setelah Perancis, Norway, Senegal dan pemenang FIFA Play-Off Tournament 2 berada dalam kumpulan I.

Berikut merupakan keputusan penuh undian bagi kumpulan dalam saingan Piala Dunia 2026:

Undian Piala Dunia 2026

Kumpulan A – Mexico, Afrika Selatan, Korea Selatan & Pemenang Play-Off UEFA D

Kumpulan B – Kanada, Pemenang Play-Off UEFA A,  Qatar & Switzerland

Kumpulan C – Brazil, Maghribi, Haiti & Scotland

Kumpulan D – Amerika Syarikat, Paraguay, Australia & Pemenang Play-Off UEFA C

Kumpulan E – Jerman, Curacao, Ivory Coast & Ecuador

Kumpulan F – Belanda, Jepun, Pemenang Play-Off UEFA B & Tunisia

Kumpulan G – Belgium, Mesir, Iran & New Zealand

Kumpulan H – Sepanyol, Cape Verde, Arab Saudi & Uruguay

Kumpulan I – Perancis, Senegal, Pemenang FIFA Play-Off Tournament 2 & Norway

Kumpulan J – Argentina, Algeria, Austria & Jordan

Kumpulan K – Portugal, Pemenang FIFA Play-Off Tournament 1, Uzbekistan & Colombia

Kumpulan L – England, Croatia, Ghana & Panama