Malaysia sekali lagi ‘berjodoh’ dengan gergasi Asia, Iran selepas kedua-dua pasukan diundi bersama dalam Kumpulan D Piala Asia Futsal 2026 yang bakal berlangsung di Jakarta, Indonesia.
Sebelum ini Malaysia dan pasukan ranking kelima dunia itu telah bertembung di pusingan kelayakan yang diadakan di Kuantan dimana Iran meraih kemenangan 4-0.
Baca Juga:
- Senarai Lengkap Negara Yang Layak Ke Piala Asia Futsal 2026

- Bukan Sekadar Ke Piala Asia Futsal 2026: Inilah Blueprint Masa Depan Futsal Malaysia

- Malaysia Layak Ke Piala Asia Futsal 2026

Bukan sekadar Iran yang pastinya merupakan lawan sukar buat skuad negara kerana kumpulan D bakal turut menampilkan Afghanistan.
Afghanistan turut memiliki reputasi hebat apabila membuat penampilan dalam saingan Piala Dunia 2024 di Uzbekistan.
Lebih menarik untuk diperkatakan, Afghanistan berjaya melangkah ke pusingan 16 dan hanya tewas berdepan Paraguay dalam aksi yang berlanjutan ke masa tambahan.
Satu lagi pasukan diundi bersama-sama Malaysia ialah Arab Saudi dimana pasukan tersebut turut mempunyai ranking yang baik.
Dengan undian ini, jelas dapat disaksikan bahawa Malaysia berdepan cabaran getir untuk melangkah ke pusingan kalah mati memandangkan reputasi besar dimiliki lawan.
Namun, ia tidak seharusnya melemahkan semangat juang barisan pemain negara untuk tampil bertenaga dalam saingan tersebut nanti.
Kejohanan Piala Asia Futsal 2026 bakal berlangsung pada 27 Januari hingga 7 Februari di Indonesia Arena dan Jakarta International Velodrome.
Berikut merupakan keputusan penuh undian Piala Asia Futsal 2026:
Piala Asia Futsal 2026
Kumpulan A – Indonesia, Iraq, Republik Krygyz & Korea Selatan
Kumpulan B – Thailand, Vietnam, Kuwait & Lebanon
Kumpulan C – Jepun, Uzbekistan, Tajikistan & Australia
Kumpulan D – Iran, Afghanistan, Arab Saudi & Malaysia