Kerajaan kini dilapor bakal memperluas bantuan kad kredit e-tunai sebanyak RM200 kepada semua pelajar universiti di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika mengulas mengenai inisiatif tersebut yang dilihat tidak diterima secara menyeluruh oleh penuntut universiti.
Baca Juga:
- Lelaki Ini Kongsikan Cara Beli Kereta Terpakai Di Bawah ‘Market Value’
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, buat masa ini bantuan tunai rahmah itu hanya dinikmati oleh pelajar yang berusia 18 tahun hingga 20 tahun sahaja. Susulan itu, beliau menjelaskan pihaknya akan memutuskan agar e-Wallet itu kelak boleh dimanfaatkan oleh semua mahasiswa.
Dengan langkah ini, semua pelajar universiti di Malaysia kelak boleh melakukan penebusan kredit RM200 melalui dompet digital terpilih dan menggunakannya dalam melakukan pembelian. Sumbangan dibuat atas dasar mahu meringankan beban belanja pelajar di dalam seharian.