Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar memberitahu Bernama setakat tahun ini, pihak kerajaan telah mengambil tindakan terhadap 400 syarikat kerana melanggar undang-undang buruh dengan denda berjumlah 2.17 juta ringgit sudah dikeluarkan terhadap 272 majikan.

Bagaimanapun, pihak kementerian tidak menamakan syarikat dan tiada butiran lanjut mengenai kesalahan buruh yang dilakukan.

Baca Juga:

Tetapi Al Jazeera menyatakan bahawa hukuman ini datang ketika syarikat-syarikat Malaysia menghadapi larangan dari Amerika Syarikat atas dakwaan penderaan terhadap pekerja asing, yang bekerja secara meluas dalam industri pembuatan dan perladangan negara.

Untuk rekod, Malaysia adalah pautan utama dalam rantaian bekalan global. Negara ini telah menghasilkan pelbagai jenis bahan daripada minyak sawit kepada sarung tangan perubatan dan cip semikonduktor.

Malaysia telah menetapkan sasaran untuk menghapuskan amalan buruh paksa menjelang 2030.

Sumber