Kerajaan Johor merancang untuk mendirikan sebuah pusat rehabilitiasi Islam untuk mereka yang melakukan hubungan sesama jantina, lapor Malay Mail.

Ketua Komite Urusan Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid mengatakan pusat rehabilitasi ini akan menjadi yang pertama didirikan di Malaysia.

Baca Juga:

Difahamkan pusat rehabilitasi yang dijangka siap pada July tahun hadapan akan mempunyai beberapa fasiliti termasuk pejabat dan asrama untuk lelaki serta wanita.

Setakat laporan ini ditulis, masih belum ada perincian lebih lanjut mengenai projek tersebut.

Bagaimanapun, terapi yang dijalankan merangkumi rawatan psikologi atau kaunseling rohani untuk mengubah orientasi seksual seseorang daripada homoseksual atau biseksual kepada heteroseksual ini dilihat sebagai satu proses berbahaya dan bersifat menekan.

Amalan ini sebenarnya telah ditentang di beberapa negara seperti Australia, Brazil, Chile, China, Ecuador, Israel, Lubnan, Malta, Afrika Selatan, Switzerland, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Sumber