Penganalisis sukan terkenal, Datuk Dr Pekan Ramli menyarankan aggar kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan bebas untuk menyiasat kes pemalsuann dokumen 7 pemain warisan Malaysia.
FIFA dalam kenyataannya menyatakan bahawa hasil semakan silang yang dibuat sekretariat mereka mendapati butiran pada sijil kelahiran yang dikemukakan FAM tak sama dengan yang diperoleh FIFA.

FAM masih dalam tempoh untuk rayuan ketika ini. Namun Pekan Ramli menegaskan jika benar Malaysia didapati bersalah memalsukan dokumen 7 pemain warisan tersebut, ia tidak sepatutnya, terhenti sehingga hukuman FIFA sahaja.

Satu siasatan menyeluruh harus dibuat untuk menentukan kebenaran di sebalik kontroversi tersebut yang dianggap sebagai aib kepada negara. Sehinggakan gergasi media sukan dunia pun membuat liputan tentang kes tersebut.
Dipetik daripada sumber BH Online, Pekan Ramli berkata: “Saya melihat kita tidak boleh setakat habis di peringkat hukuman FIFA sahaja.
“Tetapi di peringkat kerajaan juga mungkin perlukan siasatan kerana ianya melibatkan proses memberi taraf kewarganegaraan.
“Siasatan harus dibuat atau kerajaan mungkin boleh menubuhkan suruhanjaya siasatan bebas bagi menyiasat kes ini.”

Pekan Ramli turut meminta ahli gabungan FAM bersuara dalam hal ini. Kerana beliau tidak mendengar langsung suara mereka.
“Mustahli ahli gabungan langsung tiada suara menyatakan pendirian mereka,” tambah beliau lagi.
FAM dalam kenyataannya baru baru ini menegaskan bahawa kesilapan berlaku ketika proses penyerahan dokumen. Di mana kakitangan mereka tersilap memuat naik dokumen daripada sumber ejen.
Isu palsu dokumen: Kerajaan disaran tubuh suruhanjaya siasatan bebas#BHSukan Isu berkenaan bukan sahaja mencalarkan kredibiliti arena bola sepak Malaysia, tetapi turut menjejaskan imej negara dan integriti mengenai proses pemberian taraf kewarganegaraan.… pic.twitter.com/plPtOlmm4J
— Berita Harian (@bharianmy) October 8, 2025
FAM memberikan jaminan bahawa 7 pemain tersebut sah berdarah warisan Malaysia dan menegaskan mereka ada dokumen asli yang menyokong perkara tersebut.