Sejak tahun lalu, isu kehancuran rumah tangga disebabkan kehadiran orang ketiga telah meningkat dan hal itu juga melibatkan beberapa selebriti.

Terbaharu, Nabila Razali memberikan respon berhubung isu terbabit dalam satu temu bual. Menurutnya, kewujudan orang ketiga bukan sahaja dalam perkahwinan tetapi ia boleh berlaku dalam hubungan kekeluargaan atau persahabatan.

Baca Juga:

@dramasangat

Inilah pesanan kasih sayang @nabila.razali buat penyondol kat luar tu! 😜 ▶️ WanitaSyurga -> Mulai 15 Mac -> Isnin-Jumaat -> 7malam di slot Akasia TV3! 💖 Dibintangi: @redzarosli @sitikhadijahhalim @redzarosli @marisa.yasmin Dan ramai lagi! Arahan @rizabaharudin Terbitan @zamriezgoldenpictures DramaSangat tv3malaysia

♬ original sound – dramasangat – dramasangat

“Kita ini sebagai manusia, semua orang melakukan kesilapan. Saya tidaklah menyalahkan mana-mana pihak tapi kita sebagai manusia juga kena cuba sedaya upaya untuk tidak mengeruhkan keadaan atau perhubungan.

“Kita kena berhati-hati dalam melangkah masuk ke dalam urusan orang lain. Janganlah dengan sengaja nak memecah belahkan hubungan atau rumah tangga seseorang.” ujar Nabila.

Respon Nabila itu telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Nabila.