Anugerah Juara Lagu 35 telah melabuhkan tirainya semalam dengan menobatkan lagu Gila nyanyian Noki, Loca B dan Kaka Azraff sebagai juara. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berusaha sehabis baik untuk menghiburkan para penonton.

Akan tetapi, persembahan Nabila Razali yang mendendangkan lagu Peluang Kedua telah mendapat perhatian netizen apabila beliau 2 kali ‘terkucil’ ketika menyanyi.

Menurut laporan, Nabila mengatakan banyak ruang yang masih boleh diperbaiki dan beliau telah memberikan persembahan terbaik kepada penonton walaupun tidak berlaku seperti yang diharapkannya.

Tambahnya, beliau juga tidak sangka mampu memberikan persembahan seperti itu disebabkan masalah suara yang dialaminya masih belum sembuh sepenuhnya. Malah, kekuatan Nabila untuk melakukan persembahan di pentas AJL35 ini walau terpalit pelbagai kontroversi adalah kerana beliau mahu menjadi yang terbaik untuk diri sendiri.

Mendapat perhatian netizen, rakan-rakan artis seperti Neelofa dan Mira Filzah turut menzahirkan rasa bangga dengan diri Nabila yang tampil dengan persembahan terbaik.

Malah, mereka turut memberikan kata-kata semangat kepada Nabila dan mengatakan Nabila sudah melakukan yang terbaik. Bagi anda yang menyaksikan persembahan Nabila semalam, apakah pendapat anda akan persembahannya itu?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Gila Juara Anugerah Juara Lagu 35

Guna ‘Green Screen’ Untuk Rakam Babak Di Itali, Netizen Kagum Lihat Hasil Drama Vincenzo

Chef Wan Buli Uncle Roger Dan Ajar Cara Masak Dengan Betul Tanpa Guna MSG

Sumber