Nabila Razali mengesahkan dia terima lamaran kekasihnya dan sudah menyatakan dia setuju untuk berkahwin.

Dalam satu hantaran yang dimuatnaik di Instagram penyanyi tersebut, Nabila menunjukkan detik detik kekasihnya, Nik Iruwan Nik Izani melamarnya.

Baca Juga:

Nabila Razali memberikan respon kepada lamarn kekasihnya yang melutut di hadapannya dengan berkata: “I said yes,” tanda setuju.

Sambil meletakkan tanda pagar #Newchapter. Merujuk kepada fasa baharu kehidupannya selepas ini.

Di ruangan komen ramai rakan artis dan peminat yang mengucapkan tahniah kepada Nabila Razali.

Paling mencuri perhatian apabila Datuk Lee Chong Wei turut mengucapkan tahniah kepada Nabila Razali selepas terima lamaran tersebut. Perkara yang dianggap agak rare.

Berita tentang Nabila Razalibakal menamatkan zaman bujangnya telah menjadi bualan sejak beberapa minggu lalu lagi.

Tetapi ada juga peminat risau kalau ini cuma gimik pemasaran. Kerana Nabila Razali sebelum ini pernah menggemparkan peminat dengan gimik pemasaran ketika promosi lagunya.

Nama Nabila Razali bukannya asing dalam industri seni tanah air. Beliau memulakan kerjayanya menerusi program realiti tv popular Akademi Fantasia.

Tidak menoleh ke belakang lagi, Nabila terus mencapai impiannya dalam bidang seni dalam bidang nyanyian dan lakonan.

Antara lagunya yang popular adalah Pematah Hati, Cemburu dan katakan Saja. Dia turut berlakon dalam beberapa buah drama tv.

Apapun tahniah kepada Nabila Razali dan pasangannya, dan semoga dipermudahkan urusan.