Nabila Razali mengakui dia masih lagi menyesuaikan diri dengan status baharunya sebagai isteri orang atau wanita yang sudah kahwin.
Penyanyi dan pelakon berbakat itu sudah pun mendirikan rumah tangganya pada 18 November alu dengan lelaki yang dia cintai Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz.
Baca Juga:
- Asyraf Khalid Kongsi Keterujaan Jadi ‘Matchmaker’ Antara Nabila Razali Dan Pasangannya
- Nabila Razali Terima Lamaran Kekasih: “I Said Yes”
- ‘Ia Sama Sahaja Seperti Body Shaming’ – Nabila Razali Tersinggung Dengan Gurauan Atu Zero
Namun Nabila masih janggal ketika orang mulai memanggilnya dengan nama Puan Nabila. Kerana Nabila Razali sendir pun selalu terlupa bahawa dia sebenarnya sudah kahwin.
Bercakap kepada BH Online, Nabila menjelaskan, sebelum ini ramai peminat lelaki akan menyapanya dengan nama ‘Cumi cumi’ kerana petikan lirik sebuah lagunya.
Nabila terkejut dipanggil 'puan', lupa sudah kahwin#BHHiburan Tak bercuti panjang, sebaliknya terus mulakan kerja selepas berkahwin.https://t.co/bN7BGSPTam
— Berita Harian (@bharianmy) November 30, 2023
Mereka juga kerap memberikan mini love kepadanya. Sekarang Nabila Razali mendapati perkara itu dah tak ada.
“Dulu peminat lelaki memanggil saya cumi cumi sambil memberikan mini love. Namun selepas berkahwin, saya perasan peminat lelaki tak lagi bersikap gila gila.”
Nabila Razali itu adalah bukti bahawa peminat peminat lelakinya menghormati statusnya sebagai isteri orang.
Dia menambah, agak kekok dengan status sebagai isteri orang dan meminta sedikit masa untuk menyesuaikan diri.
“Mungkin sebab masih baharu, jadi saya perlukan masa untuk sesuaikan diri. Dan saya terlupa bahawa saya kini sudah berubah. Saya terkejut orang panggil saya puan. Saya pun tanya balik, kenapa panggil saya puan?”
“Individu itu memberitahu saya bahawa saya kan dah berkahwin. Dan kemudian barulah saya tersedar.”