Kedah Darul Aman (KDA FC) bakal mempertaruhkan pemain skuad bawah 23 tahun (B-23) pada aksi Liga Super menentang KL City sabtu ini.

Langkah tersebut dibuat susulan ketiadaan pemain utama yang mengambil tindakan untuk memboikot sesi latihan kerana isu tunggakan gaji yang masih belum diselesaikan.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketua jurulatih, Nafuzi Zain menerusi laporan dalam Arena Metro mengakui isu tunggakan gaji memberi kesan yang buruk kepada pasukan jika ia terus berlarutan.

Isu tersebut menyebabkan Nafuzi tiada pilihan lain dan terpaksa menurunkan pemain muda yang baru sahaja menjalani latihan selepas tamat Sukan Malaysia (SUKMA).

“Saya rasa berkemungkinan besar skuad bawah-23 akan beraksi dan saya tidak tahu apa akan berlaku dalam tempoh sehari dua lagi, tapi untuk setakat hari ini skuad inilah yang akan beraksi nanti.

“Persiapan skuad bawah-23 ini sudah dimulakan sejak Selasa lalu dan dalam tiga ke empat hari kami persiapkan dengan masa yang begitu singkat kerana mereka juga baru sahaja memulakan latihan.

“Kita menerima apa sahaja keputusan yang berlaku dan tak boleh jangkakan lebih dari itu disebabkan tempoh latihan beberapa hari sahaja.

“Kebanyakan daripada mereka baru sahaja beraksi salam kejohanan Sukma di Sarawak baru-baru ini, dan mereka baru nak memulakan balik latihan yang saya harap kami dapat melakukan usaha yang terbaik untuk aksi bertemu KL City di tempat lawan Sabtu ini,” katanya kepada Arena Matro.

Kegagalan pengurusan KDA FC melunaskan tunggakan gaji menyebabkan beberapa pemain utama tidak dapat hadir ke sesi latihan susulan masalah kewangan.

Minggu lalu, wartawan tempatan mendedahkan setakat ini pemain Kedah hanya dibayar gaji untuk setahun lima bulan sahaja secara ansuran.

Selepas ketiadaan Habib Haroon dan Fikri Che Soh, ramai lagi pemain Kedah dikatakan bakal meninggalkan pasukan tersebut.