Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dilaporkan semakin kritikal apabila pemain bertindak memboikot sesi latihan susulan kegagalan pihak pengurusan melunaskan tunggakan gaji mereka.
Perkembangan itu turut didedahkan oleh wartawan tempatan yang menyatakan setakat ini pemain Kedah hanya dibayar gaji untuk setahun lima bulan sahaja secara ansuran.
Baca Juga:
- Gaji Mewah Tapi Dibebani Hutang, Pemain Kedah FA Kesal Beli Sampai 7 Buah Kereta
- Pemain Kedah Dan KL City Masih Menanti Bayaran Tunggakan Gaji
- Hadapi Isu Gaji, CEO Perak Ajak Peminat Bantu Kewangan Kelab
Selepas ketiadaan Habib Haroon dan Fikri Che Soh, ramai lagi pemain Kedah dikatakan bakal meninggalkan pasukan tersebut.
KDA FC KRITIKAL.
Hr ini memasuki hr ke2 pmain KDA boikot latihan.
Di fahamkan sepanjang 2024, pemain hanya dbyr 1.5 bulan shj. Itu pun secara ansuran.
Slps Habib & Fikri Che Soh ramai lg pemain bakal tinggalkn Kedah. Lebih parah Kedah masih dalam transfer ban.@ASTROARENA pic.twitter.com/Epcx1i78bS
— FinaNasrom (@fnasrom) September 4, 2024
Sebelum ini, tonggak pertahanan Irfan Zakaria mengejutkan penyokong apabila memberikan isyarat mengenai permasalahan gaji yang belum lagi selesai.
Menerusi instagram story, Irfan berkongsi satu video pendek yang menanyakan tentang gaji.
“Rindunya dekat gaji. Apa khabar agaknya beliau. Sihat ke? Sakit ke?,” kongsi bekas pemain kebangsaan dan KL City itu.
Situasi semasa membabitkan KDA FC saling tak tumpah dengan isu dihadapi KL City apabila pemain mendakwa tidak menerima gaji sejak awal tahun ini.
Isu ini sebenarnya tidak seronok dibaca oleh peminat bola sepak tempatan yang menyifatkan ia adalah situasi yang sangat menyedihkan dan beberapa pasukan sedang menanti masa untuk tumbang.
Menyedihkan ketika era penswastaan masih ada isu tunggakan gaji melibatkan pemain professional di tahun 2024.
Kena reboot structure balik nampak gayanya; merchandise, ticketing dan broadcasting rights tak beri revenue cukup untuk sustainable dalam scene bola sepak Malaysia. https://t.co/ZUzSdWDs98
— MY_Futbol (@MY_Fussball) September 4, 2024
Selain Kedah dan KL City, beberapa pasukan lain dalam Liga Super turut dilaporkan mengalami tunggakan gaji seperti Sri Pahang, Sabah dan Perak.
Para pemerhati sukan juga berpendapat Liga Malaysia berpotensi lingkup dalam masa beberapa tahun lagi sekiranya isu tunggakan gajiĀ tidak diselesaikan secara serius menerusi transformasi.