Saban tahun kita disajikan dengan pelbagai kisah raya yang menarik di kaca TV mahupun di platform-platform atas talian. Kadang-kadang itu, ada video raya yang cliché jalan ceritanya.

Mahukan sesuatu yang berbeza, Perodua mempersembahkan sebuah filem pendek ‘Rumah Finale’ yang mengetengahkan tradisi warisan ziarah takbir di malam raya, agar sambutan Aidilfitri tahun ini lebih gamat dan bermakna.

“Excited” nak adakan program ziarah takbir raya

Filem pendek ini mengisahkan tentang Din, seorang Presiden AJK Taman Mawar yang tidak sabar untuk menganjurkan program ziarah takbir malam raya dari rumah ke rumah bersama jiran tetangganya.

Namun, Din agak tertekan apabila semua penduduk taman kelihatan seperti tidak bersemangat buat perancangan.

Din pula kurang yakin dengan tuan rumah finalé yang terpilih. Bukan apa, rumah penutup itu penting, sebab nanti kesemua jiran akan berkumpul untuk beramah mesra pada akhir sesi takbir.

Macam-macam Din buat untuk pastikan pelan berjalan lancar. Cuma biasalah, serapi mana pun perancangan, kadang kala ada perkara yang kita tak boleh jangka.

Di sinilah dapat dilihat betapa eratnya jalinan komuniti yang bekerjasama dalam mencari penyelesaian.

Nak tahu apa jadi dalam filem raya Perodua ‘Rumah Finale’? Jom tonton sama-sama di bawah. Gerenti best!

Kembalikan tradisi dan semarakkan kemeriahan sambutan Aidilfitri

Kalau anda nak tahu, tradisi ziarah takbir raya dilakukan selepas solat Isyak malam 1 Syawal dan disertai oleh kaum lelaki daripada pelbagai lapisan umur.

Untuk golongan kanak-kanak yang turut serta, inilah peluang mereka untuk mengutip duit raya di setiap rumah yang diziarahi.

Namun begitu, tradisi unik ini semakin dilupakan. Oleh sebab itu, Perodua ingin menyemarakkan kembali kemeriahan tradisi tersebut agar tidak hilang ditelan zaman.

Semoga filem pendek ‘Rumah Finale’ menjadi teladan buat kita semua kerana sifat saling bantu-membantu penting dalam kehidupan berjiran, agar silaturahim yang dibina kekal erat.