Penjaga gol skuad kebangsaan Filipina, Kevin Ray Mendoza mengucapkan selamat tinggal kepada Kuala Lumpur City selepas tiga musim beraksi bersama pasukan itu.
Perlawanan Liga Super 2023 menentang Kelantan United baru-baru ini menjadi aksi terakhir Kevin bersama skuad ibu kota dimana beliau akan terbang ke Indonesia dan bakal bersatu semula dengan bekas pengendali KL City iaitu Bojan Hodak.
Baca Juga:
- Kobe Chong Beri Bayangan Bakal Sertai Skuad B-23 Negara
- Richard Chin Kongsi Gambar Terima Pasport Malaysia
- TMJ Kongsi Keadaan Padang SNBJ Selepas Konsert Coldplay
Bojan ketika ini menjadi ketua jurulatih bagi Persib Bandung dan pengendali dari Croatia itu mahu mendapatkan penjaga gol baharu bagi memantapkan pasukan yang ketika ini sedang bersaing untuk merebut kejuaraan Liga 1.
Sepanjang tiga musim bersama KL City, Kevin Ray Mendoza telah membantu pasukan itu mara ke beberapa perlawanan akhir baik kejohanan dalam atau luar negara.
Paling diingati ialah ketika perlawanan akhir Piala Malaysia musim 2021 dimana KL City berjaya menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 2-0.
Selain itu, Kevin juga membantu skuad The City Boys mara ke perlawanan Piala FA musim ini yang mana mereka tewas kepada JDT dengan keputusan 2-0 selain berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFC yang mana mereka tewas kepada kelab Oman iaitu Al-Seeb.
Bersama Persib, penjaga gol berusia 29 tahun itu bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Levy Madinda yang dilepaskan oleh kelab baru-baru ini.
Pemergian Kevin juga bakal menyaksikan Azri Ghani muncul sebagai penjaga gol nombor satu bagi KL City dan beliau bakal bersaing dengan Azim Al-Amin.