Beberapa jenama rangkaian makanan segera telah disenarai hitam dan diboikot oleh sejumlah individu sebagai tanda solidariti kepada saudara di bumi Gaza. Namun, masih ada yang sembrono menuduh KFC menyalur sumbangan kepada Israel sehingga kini.

Terkini, Pengerusi Kumpulan Pro-Palestin Boikot, Penjualan, Sekatan (BDS) cawangan Malaysia menyatakan bahawa KFC tidak pernah masuk dalam senari boikot BDS Malaysia.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Harakah Daily

Beliau menegaskan mereka tidak pernah sesekali membuat kempen terhadap rakyat Malaysia untuk boikot KFC dari dahulu sehingga sekarang.

“Untuk makluman, KFC tidak pernah masuk senarai boikot BDS Malaysia. Kami tidak pernah kempen rakyat Malaysia untuk boikot KFC dari dahulu sehingga sekarang,” kongsinya di IG.

Tambahnya lagi, McD dahulunya pun tidak termasuk dalam senarai namun terpaksa dimasukkan dalam senarai apabila cawangan di Israel memberi makan secara percuma kepada tentera Zionis Isreal.

Susulan itu, seluruh dunia marah kepada McD kerana tindakkan itu, yang tidak disekat oleh McD Corporation.

Beliau turut meluahkan rasa lega kerana KFC tidak pernah berbuat sedemikian dan oleh itu tidak perlu dimasukkan dalam senarai boikot.

Kata Nazari, bagaimanapun kini pelanggan hanya merungut dan enggan membeli KFC kerana harganya yang mahal dan bukannya kerana isu Palestin.