Kita pun sedia maklum New Zealand merupakan antara negara yang sangat ketat pemeriksaan di lapangan terbangnya. Jika anda gagal mengisytiharkan barangan yang dibawa, maka bakal terima tindakan undang-undang yang telah ditetapkan di negara itu.

Menerusi IG stories yang dimuat naik oleh Khairul Aming baru-baru ini, beliau telah berkongsi tips ‘declare’ bahan masakan yang dibawa dari Malaysia dengan mudah di imigresen New Zealand. Menariknya, segala barangan yang dibawa tidak dirampas selepas berbuat sedemikian.

Baca Juga:

Ikuti langkah di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Pertama sekali, anda perlu mengambil gambar produk yang dibawa atau pun boleh ambil di Google.

Selepas itu, buat satu senarai dengan masukkan jenama, bahan dan kuantiti yang dibawa bagi setiap bahan masakan atau barang yang dibawa.

Akhir sekali, anda bolehlah print kompilasi bahan masakan yang dibawa dan berikan kepada kastam dan imigresen di negara yang dikunjungi.

Beliau mendedahkan bahawa pihak kastam dan imigresen yang berurusan turut tersenyum kerana kaedah ini tampil lebih mudah dan pantas untuk pemeriksaan.

Perkongsian beliau telah dikongsikan di pelbagai platform media sosial dan majoritinya pengguna berterima kasih dengan tips yang diberikan. Ada juga yang sering melancong turut menasihati agar senarai ubat-ubatan juga disytihar jika dibawa bersama kerana undang-undang di sesetengah negara yang ketat.

Sama-sama kita praktikan tips kerana bakal memudahkan urusan di lapangan terbang sewaktu melancong kelak.