Pempengaruh masakan, Khairul Aming mengumumkan produk terbaharu iaitu ‘Rendang Nyet’.
Menerusi hantaran media sosial Khairul Aming, kehilangannya berbulan-bulan daripada media sosial adalah untuk menyiapkan produk ketiga keluarannya itu.
Baca Juga:
- ‘Tak Ramai Bertahan Lebih 3 Tahun’ – Khairul Aming Kongsi Realiti Seorang Influencer, Buat Paid Review

- ‘Berkali Ganda Lebih Pedas, Rasa Lebih Kick’ – Khairul Aming Lancar Dendeng ‘Ekstra’ Pedas

- Tarik Setengah Billion Tontonan, Khairul Aming Menitik Air Mata Konten Masakan Satukan Rakyat Malaysia

“Semua kerja keras, penat lelah tak tidur malam selama 3 bulan ini akhirnya sampai ke penghujungnya,” kata Khairul Aming.
Selepas berbulan-bulan menghilangkan diri, hari ni KA nak announce yang produk ketiga kita dah pun sedia untuk dikeluarkan.
Semua kerja keras, penat lelah tak tidur malam selama 3 bulan ni akhirnya sampai ke penghujungnya.
70,000 unit akan dikeluarkan hari Jumaat (8 Aug) ni,… pic.twitter.com/nFKN7Mt9Rg
— Khairulaming (@khairulaming) August 4, 2025
Seramai 100 orang pekerja bertugas untuk menjayakan penghasilan produk terbaharu itu.
Dengan dipermudahkan dengan bantuan mesin, sehari boleh dapat hasilkan beribu-beribu pek Rendang Nyet.
Bagi yang ingin mendapatkannya, bolehlah bersiap sedia sebelum pukul 9 malam, 8 Ogos (Jumaat) ini di TikTok Khairul Aming.
Untuk jualan kali pertama ini, sebanyak 70,000 unit sahaja akan dijual.
Menurut netizen, Rendang Nyet ini pasti jadi lebih susah untuk dibeli berbanding tiket My Chemical Romance yang dua kali sold out sebelum ini.