Kerana bimbang ada pihak mempersoalkan respi spaghetti bolognese, Khairul Aming, segera membuat penafian dalam perkongsia resipinya.
Khairul Aming segera meminta pihak mengetahui behawa dia bukan lahir di Itali, negara yang menjadi asal usul spaghetti.
Khairul Aming berkata: “Untuk open house raya nanti jom kita buat Spaghetti Bolognese.
“Disclaimer: Saya bukan orang Itali, tidak dilahirkan di Itali, dan tidak pernah ke Itali.
“Resipi ini dibuat menggunakan bahan yang jumpa di kedai runcit sahaja. Tiada tomato Itali digunakan, dan tiada daging fresh digunakan.
“Kita guna daging beku dari freezer kedai runcit sebab ini yang paling sesuai dengan bajet orang ramai. Ini bukan resipi authentic. Try at your own risk”
@khairulaming Untuk open house raya nanti jom kita buat Spaghetti Bolognese 🍝 Disclaimer: Saya bukan orang Itali, tidak dilahirkan di Itali, dan tidak pernah ke Itali. Resipi ini dibuat menggunakan bahan yang jumpa di kedai runcit sahaja. Tiada tomato Itali digunakan, dan tiada daging fresh digunakan. Kita guna daging beku dari freezer kedai runcit sebab ini yang paling sesuai dengan bajet orang ramai. Ini bukan resipi authentic. Try at your own risk
Sebelum ini ada pihak yang mengkritik pempengaruh resipi media sosial, Che Sayang sebagai tidak menjaga autentik dan estetika makanan.
Sedangkan menurut netizen, influencer seperti Che Sayang hanya berkongsi resepi mudah, bukannya resipi di dapur hotel mahal.
Ada juga yang mengingatkan wanita yang mengkritik itu bahawa resepi Che Sayang dan Khairul Aming telah banyak membantu mereka memasak makanan yang pelbagai dan sedap.
Selain itu ada juga yang menegaskan bahawa, Che Sayang bukannya membuat konten yang tidak senonoh, dia cuma berkongsi resepi.
Wanita tersebut kemudian tampil meminta maaf dengan menyatakan bahawa dia cuma menghargai prinsip makanan dan disiplin kulinari.
Wanita Ini Mohon Maaf Kepada Che Sayang: ‘Saya Menghargai Prinsip Makanan & Disiplin Kulinari’