Pelumba Mercedes AMG F1, Kimi Antonelli sekali lagi melakar sejarah dalam perlumbaan Formula 1 selepas bergelar pendahulu keseluruhan termuda selepas menggungguli perlumbaan Grand Prix Jepun, sebentar tadi.
Bermula dengan perlahan meskipun berada di petak pertama, pelumba berusia 19 tahun itu memanfaatkan kehadiran ‘Safety Car’ pada pusingan ke-22 susulan kemalangan dialami Oliver Bearman dari Haas untuk mendahului perlumbaan.
Dan selepas itu, beliau tidak mampu lagi digugat mana-mana pelumba sekali gus muncul juara buat kali kedua berturut-turut selepas melakukannya di Shanghai pada 15 Mac lalu.

Lebih menarik untuk disaksikan adalah pertembungan antara Charles Leclecrc dan George Russell yang bersaing cukup hebat pada beberapa pusingan terakhir dimana pelumba dari Monaco itu akhirnya menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga.
Tempat kedua menjadi milik pelumba McLaren, Oscar Piastri manakala Russell berpuas hati di tempat keempat.
Juara bertahan dari McLaren, Lando Norris pula mengejar Lewis Hamilton pada pusingan terakhir untuk menamatkan saingan di kedudukan kelima.
Kimi Antonelli Ketuai Senarai Keseluruhan
Selepas berakhirnya tiga perlumbaan setakat ini, Kimi Antonelli mengumpul 72 mata untuk meninggalkan rakan sepasukan, Russell dengan kelebihan sembilan mata (63 mata). Leclerc pula memungut 49 mata manakala Lewis Hamilton dengan 41 mata.
Statistik yang menyaksikan Mercedes mendahului kategori pengeluar dengan 135 mata. Ferrari pula mengumpul 90 mata dan McLaren dengan 46 mata.

Keputusan penuh perlumbaan GP Jepun 2026
1) Kimi Antonelli – Mercedes 1:28:03.403
2) Oscar Piastri – McLaren +13.7
3) Charles Leclerc – Ferrari +15.2
4) George Russell – Mercedes +15.7
5) Lando Norris – McLaren +23.4
6) Lewis Hamilton – Ferrari +25.0
7) Pierre Gasly – Alpine +32.3
8) Max Verstappen – Red Bull +32.6
9) Liam Lawson – Racing Bulls +50.1
10) Esteban Ocon – Haas +51.2
11) Nico Hulkenberg – Audi +52.2
12) Isack Hadjar – Red Bull +56.1
13) Gabriel Bortoleto – Audi +59.0
14) Arvid Lindblad – Racing Bulls +59.8
15) Carlos Sainz – Williams +65.0
16) Franco Colapinto – Alpine +65.7
17) Sergio Perez Cadillac – +92.4
18) Fernando Alonso – Aston Martin +1 pusingan
19) Alex Albon Williams – +1 pusingan
20) Valtteri Bottas Cadillac – +1 pusingan
Tidak menamatkan perlumbaan
1) Lance Stroll – Aston Martin (Tekanan Air)
2) Oliver Bearman – Haas (Kemalangan)