Berita Elon Musk mahu mengembangkan perniagaannya di rantau Asia Tenggara bukanlah satu berita yang baharu. Sejak 2021 lagi Indonesia sudah memulakan langkah dengan beberapa siri perbincangan secara maya dan setahun selepas itu bertemu sendiri Elon Musk untuk menariknya melabur di negara tersebut.

Bagaimanapun pada suku tahun pertama 2023, Malaysia mengejutkan orang ramai dengan berita Tesla secara rasmi memulakan pelaburan dalam negara ini. Berita baik itu sememangnya menjadi bualan hangat di kalangan rakyat sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Baru-baru ini dalam satu wawancara bersama Fortune Magazine, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ada mendedahkan bagaimana beliau berunding dengan Elon Musk untuk melabur di Malaysia berbanding negara jiran.

“Seperti yang saya tahu tentang dia, dia tahu sedikit tentang saya. Jadi saya berkata kepadanya – lihat, saya telah mengalami banyak penderitaan pada masa lalu. Sekarang saya telah diberi peluang ini, saya dalam bisnes.

“Saya mahu melaksanakan perubahan itu, dan saya kini mahu melakukan apa sahaja yang perlu. Saya sayang negara saya, dan saya fikir ia mempunyai potensi dan kapasiti yang besar.

“Saya menyatakan dengan jelas dan terus terang kepadanya bahawa dia tidak perlu risau tentang semua beban birokrasi rumit yang mungkin dihadapinya dalam berurusan dengan beberapa negara lain,” kata Anwar Ibrahim kepada Ketua Pengarang Fortune Alyson Shontell dan Pengarang Eksekutif Fortune China Maiwen Zhang.

Tambah Anwar lagi, Elon Musk mengetahui sejarah negara Malaysia. Di SpaceX, Elon Musk mempunyai tiga syarikat utama (dari Malaysia) yang terlibat dalam operasi angkasa lepas dari segi alat ganti, jadi beliau boleh mengukur potensi negara Malaysia.

“Apa yang kurang itu terhasil daripada dasar dan komitmen yang jelas oleh kepimpinan, dan di situlah kami telah melengkapkannya.

“Dan sudah tentu, saya sangat gembira kerana mereka membuat keputusan yang sangat pantas dan menubuhkan pejabat wilayah mereka di sini,” ujar Anwar.

Beliau turut memberitahu Elon Musk bahawa sudah bersedia untuk membuat perubahan dengan cepat bagi menarik lebih banyak pelaburan.

Dalam temu ramah itu juga, Anwar menjelaskan negara Malaysia sebelum ini tidak mempunyai ‘dasar dan komitmen yang jelas’ oleh kepimpinan terdahulu — yang menghalang Musk dan pemimpin-pemimpin perniagaan terkemuka dunia sepertinya daripada melabur lebih banyak di negara ini sehingga kini.

Malaysia telah mengecualikan Tesla dan SpaceX daripada ‘peraturan dinosaur purba’ pemilikan tempatan yang sudah diamalkan sejak berdekad tahun lalu.

Tidak seperti pembuat kereta asing yang lain, Tesla boleh menjual kereta terus kepada pengguna Malaysia tanpa bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan.

Starlink juga dikecualikan daripada peraturan tempatan yang menyekat syarikat asing untuk memiliki sehingga 49% daripada penyedia internet Malaysia.

Sumber